Wednesday, August 14, 2013

Aidilfitri 2013 di perantauan.

Bismillah.
Semoga semuanya sihat2 sentiasa, saya doakan.

Beraya pada tahun ini, saya kira antara pengalaman awal yang mengujakan diri saya. Beraya di perantauan, bersama kawan2,tanpa keluarga di sisi, sungguh ! melahirkan perasaan sayu, rindu, semangat dan macama2 lagi.


Alhamdulillah, di sini, Jordan, 1 Syawal tetap disambut meriah oleh mahasiswa/i yang tidak pulang ke Malaysia. Bermula dari malam raya kami bertakbir raya selepas magrib, seterusnya pada pagi 1syawal, kami bertakbir raya di Masjid Mujamma' (sebelum ini saya pernah letak gambarnya semasa Raya Aidiladha dulu).



(solat hari raya)


(mendengar khutbah raya bahasa Melayu, daripada Tuan Presiden Prisma, Us Aiz Kamal.)


Seterusnya, pihak Program Riang Ria Raya, menyediakan nasi lemak kepada kami semua sebagai sarapan. Dan, kami pun bergambar kenangan raya perantauan selepas tu.

(mahasiswi2 AlBayt.)


(mahasiswa/i alBayt.)


Seusai itu, kami berjalan2 di rumah kawan2. Cuma untuk hari raya pertama nih, tak banyak rumah terbuka yang dibuat, penat mungkin. Raya ke2 dan seterusnya,mulalah bermacam2 undangan datang.


(house-mate saya yang jelita, ^_^)


(open house rumah saya.nasi impit, kuah kacang, nasi lemak, soto dan macam2 lagi. terima kasih semua yang datang. ^_^ )


( laila dan eqi )



(siap! nak p rumah terbuka. yang tudung pink wardina tu, kakak pada eqi, kak fuqaihah. dia mai dari mesir beraya dengan kami. macam2 dia cerita. dia banyak cakap tau, hehe. selamat hari raya kak ^_^ )



( oh2 ! balik kampung...lalalaa~~~ )



(redah jangan tak redah)



(selesai makan bergambar depan rumah tuan rumah Kak Ilham, Kak nija, Kak Umie, Kak Ju,Kak Siah, Kak Dayang, Husna, Kak Dillah dan semualah.)

(ambik gambar sebab background dia lawa, serius cam kat negara omputeh.)



(tuan rumah pandai decorate. rumah Kak Bella, yan, tiq. sedap kuah kari ! )


(selesai makan rumah Us Nordin and housemate nyer)



(kuih raya rumah Kak Salwa Sabah dan warga2 sabah yang memang rajin2 ,macam2 kuih raya di buat, kalau saya memang tak buat dah. hehe.)

(nih hari raya PRISMA, serius ! canti kot design dia, nak buat majlis kahwin decorate sendiri,takyah panggil orang ^_^ )


(nih open house rumah Jat, Fatma, Zakira, Asma, Aisyah, generasi Batch Fateh depa nih . Sedap la lontong! nak makan lagi tau,walaupun haritu perut masuk angin, huhu dek tak makan malam tu. Terima kasih tuan rumah. I love u all.)


(open-house rumah Cici, Kak Ummu and Kak Mun, sedap depa masak. ^_^ )

Terima kasih semua,kerana menceriakan Aidilfitri saya di sini, 
selaku kali pertama beraya di perantauan.

Keceriaan korang semua, mengusir sedikit kerinduan, dan gusar pada keluarga di Malaysia.

Semoga ukhuwah yang terbina,sentiasa diberkati dan dirahmati Allah,
kekal ke syurgaNya.
in sya Allah, amin.

p/s : still menunggu open2 house yang lain, untuk men'save'kan duit rumah, hehe. disamping, jangan lupa puasa enam yuk !







No comments: