Friday, August 16, 2013

Hawa nafsumu, takkan pernah duduk diam.

Satu masa dulu, saya pernah baca suatu kata2 nih,tentang hawa nafsu, tapi bila cari2 balik dah tak jumpa. Lebih kurang begini la susunan ayatnya.

"Kau perlu membebankan hawa nafsumu dengan melakukan benda yang ia tak suka." 

Dah baca banyak kali tu, Allah bagi kefahaman.

Selama nih, aku suka memanjakan hawa nafsu aku.
Contoh la kan, kalau  solat sunat tu, aku tak ambil berat mana pun, serius !
Aku anggap, ia benda sunat semata.

Tapi sebenarnya, di sebaliknya, aku tengah memanjakan diri aku.

Aku yakin, pejuang dan penyambung2 perjuangan rantai Rasulullah yang mulia, tak ambil ringan pada perkara sunat nih.

Jadi athirah,

kalau kau rasa nak dahulukan benda lain yang tak penting mana pun, sebelum buat kebaikan . Sebenarnya, pada anggapan aku , engkau telah ditipu oleh hawa nafsumu dan syaitan.

Walaupun kau rasa baca 1mukasurat Alquran tu, boleh kau tangguh dan buat masa lain, silap tu.
Sebenarnya, kau perlu bebankan dirimu,hawa nafsumu.

Ya Allah , hamba berlindung padaMu dari tipu daya iblis dan syaitan yang direjam. dari hawa nafsu yang 
sesat menyesatkan. Allahumma amin.

صلى الله عليه وسلم

No comments: