Friday, August 2, 2013

RAMADHAN : BAKI 6 HARI

Bismillah.
Salam jumaat barakah.
Semoga sahabat2 saya sentiasa dilindungi dan diberkati Allah.

Kita dah berada pada fasa ke3 ramadhan.
Hari yang ke 24.
Nak masuk terawih yang ke 25.
Sudah 23 hari dalam ramadhan berlalu meninggalkan kita.
Kini, berbaki 6 hari lagi, tak sampai pun 10 hari.



Allahu akbar.

Sesungguhnya Engkaulah pemilik masa yang abadi,
Setiap masa bumi berputar,setiap detik itulah masa pun berjalan.

Tinggal kita, hambaNya yang mahu meraih kesempatan2 dan ruang2 akhir yang berkat ini,
untuk memadu cinta bersama Ramadhan.

Ya Allah,
bantulah kami untuk terus kekal dalam ketaatan,
dalam mentaati perintahMu dan meninggalkan laranganMu,
bantulah hamba untuk terus istiqamah walaupun selepas berlalunya Ramadhan ini nanti,
dan sampaikanlah kami pada ramadhan akan datang.

Bantulah kami dalam mengingatiMu, mensyukuri dan memperbaiki ibadah kami.

Ya Allah,
hamba serahkan diri hamba kepadaMu,
janganlah Engkau biarkan diriku ini sendiri,
walaupun dalam kadar sekelip mata.

Kerana Engkaulah Pencipta yang mencipta diriku,
aku hambaMu, tiadalah mengetahui apapun,
melainkan dengan izin dan kehendakMu jua.

In sya Allah,
amin.

No comments: