Wednesday, September 18, 2013

Kongsi.

Alhamdulillah, hari nih Allah rezekikan hamba, lapangkan masa hamba hadiri majlis ilmu. Allah permudahkan hamba untuk hadiri majlis2 ilmu, dengan wasilah orang2 baik contoh Doktor Rula dan sebahagian syabab yang hamba tanyakan juga pada mereka tempat2 mengaji/talaqqi yang ada di Jordan ini.

Sebelum/ masa hamba datang ke Jordan nih, alhamdulillah Allah beri hamba doa, hamba nak jumpa orang2 soleh di sini, nak bertalaqqi. alhamdulillah, allah pertemukan hamba dengan mereka. Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu.

Pada pandangan peribadi hamba, pada usia2 remaja/ penuntut ilmu begini, kita kutip/ dengar/ cari/ mengaji ilmu2 yang ada, semua kita dengar dan ambil. Bila usia dah meningkat, dah besar sikit, dah boleh buat penilaian, kita nilai yang mana betul, buat kajian2, cari dalil2 sohih dalam kitab, dengan bantuan guru2 kita juga. dengan bertanyakan pada guru2 yang lebih arif dari kita. dengan bantuan allah jua.

Sekarang nih, hamba sendiri akui, bila baca post2 di Fb khususnya, rasa laju ja jari nih nak menaip, nak balas la, cepat2 nak bagitahu pada pengepost tu, apa yang hamba pernah baca, pernah dengar, sedangkan hamba sedar tu nafsu hamba semata. yang banyak dan boleh menyebabkan bertambahnya kekeliruan umat, pada komen2 hamba tu, mungkin. Ya Allah,hamba berlindung padaMu daripada tipu daya iblis dan syaitan yang direjam, dari hawa nafsu yang sesat menyesatkan, amin.

Hamba ada baca, orang yang berilmu dia akan diam/tak masuk campur pada benda yang dia tak tahu. Macam yang hamba faham, dia ada ilmu tentang sesuatu tu, tapi dia akan 'stop' , asbab adanya orang2 yang lebih arif. Takut, perbuatan2 kita lebih menambah pada kekeliruan umat. moga2 dapat mencontohi orang2 soleh, amin.

Di akhir pengajian ilmu/talaqqi hari nih, hamba mohon pada syeikh supaya mendoakan kami. Alhamdulillah, syeikh terus doakan. amin. Dan kemudian, sebelum berlalu pulang, syeikh bertanya pada kami, saya dan sarah, 'kamu dah bermimpi berjumpa dengan rasulullah ke?'. ya allah, sedih sayu sangat soalan syeikh. saya jawab, belum lagi syeikh. syeikh doakan agar kami sama dapat berjumpa rasulullah dalam mimpi. kemudian syeikh kata lagi, sesiapa yang melihat rasulullah dalam mimpi,dia tidak akan mati melainkan mati dalam beriman, insya allah amin.

Ada seorang sahabat hamba, yang sudah 2x bermimpi bertemu rasulullah yang mulia. Beliau yang agak2 besar usianya berkongsi dengan hamba supaya mengamalkan selawat ini,
(Allahumma shalli alaa ruuhi sayyidina muhammadin fil arwah, wa 'ala Jasadihi filjasad, wa alaa Qabrihi filqubuur )

Artinya :

(wahai Allah limpahkan shalawat pada Ruh Sayyidina Muhammad dialam arwah, dan limpahkan pula pada Jasadnya di alam Jasad, dan pada kuburnya di alam kubur).
Semoga Allah pertemukan kita dengan rasulullah yang mulia dalam mimpi, insya allah amin.
Hamba yakin, hanya hamba Allah yang mencintai, merindui rasulullah yang mulia dengan secinta2nya dan serindu2nya ,yang mengamalkan sunnahnya akan berjumpa dengan baginda rasulullah. dan yang paling utama dengan izin Allah jua, segala sesuatu boleh berlaku.

Moga2 Allah pimpin kita semua, sehingga dapat bertemu dengan Rasulullah yang mulia, amin.

No comments: