Saturday, September 21, 2013

Soalan 22.

Alhamdulillah, talaqqi hari ini, berpindah ke soalan baru. Bersama guruku Dr Rula yang sabar memberi penerangan kepada kami supaya faham. Barakallahu fih.

Soalan ke22, berbunyi... 

'apakah yang dimaksudkan dengan لا حول ولا قوة إلا بالله ? '

Penerangannya, ia bermakna tiada daya untuk melakukan maksiat kecuali dengan jagaan/pemeliharaan Allah, tiada kekuatan untuk melakukan ketaatan kecuali dengan pertolongan allah. 

Benar kan, dalam kehidupan yang kita lalui, pelbagai perkara yang kita buat, ada maksiat ada juga taat. semua itu tidak akan berlaku tanpa izin dari Allah. semua perkara yang berlaku dalam hidup ini, semuanya sudah berada dalam pengetahuan Allah sebelum manusia diciptakan lagi, sudah tertulis di Luh Mahfuz. Allah maha hebat.

Dengan sebab itu juga, Allah mencipta akal kepada manusia supaya berfikir, apakah benda yang akan dia buat ini, baik atau buruk. memberi kesan positif atau negatif. dan paling jauh, adakah perbuatannya ini memberi dosa atau pahala yang langsung memasukkan hamba itu ke syurga atau neraka. Dengan izin Allah jua, apabila berfikir begini, hamba Allah itu akan takut melakukan maksiat pada Allah, kerana dia sedar hari pembalasan akan tiba tak lama lagi.

Allah yang maha hebat mencipta kebaikan dan kejahatan. Namun, Allah memerintahkan kepada manusia supaya melakukan kebaikan, tidak melakukan kejahatan. Bahkan, ada manusia dengan akalnya memilih untuk melakukan maksiat kepada allah, dan Allah yang maha berkuasa juga memelihara hambaNya dari melakukan maksiat kepadaNya. Maha suci Allah.

Nak katanya, baik buruk itu, semua datang dari sisi allah. cumanya, manusia dengan akalnya memilih untuk melakukan kebaikan atau keburukan. 

Betapa zikir لا حول ولا قوة إلا بالله ini, dengan mudah sebutannya, pengertiannya mendalam, dengan penyerahan seorang hamba akan perbuatannya pada Allah semata2 dan memohon pertolonganNya dalam segala urusan hidup. insya Allah.

dari ambe sendiri, jika dalam hati memang ada niat untuk talaqqi, atau menghadiri majlis2 ilmu, kita mohonlah sungguh3 pada Allah agar pertemukan kita dengan orang soleh yang benar, yang boleh membawa kita lebih dekat pada Allah, dan melapangkan masa kita untuknya, insya allah.

Moga2 Allah pimpin kita semua dalam kebaikan, dan memelihara kita semua dari maksiat kepadaNya, amin.

Moga Allah kurniakan kesihatan yang baik pada guru kami, Dr Rula dan mengurniakan pada beliau zuriat yang soleh,amin.

isi pengajian hari ini.

soalan20 : apakah makna أن الله فعّال لما يريد ?
soalan 21: syarahkan,  ما شاء الله كان وما لم يشاء لم يكن .
soalan 22: apa makna لا حول ولا قوة إلا بالله ?

No comments: