Monday, November 25, 2013

Belajar dan Berfikir.

Bismillah.
Pagi yang sejuk di Jordan ini, yang menuntut untuk berada di dalam hirom=selimut .

Saya mengambil madah Bahasa Inggeris 1 fasal ini. Banyak benda saya belajar. Dan semasa dalam kelas, belajar topik2 yang ada dalam buku tu, saya perasan dan berfikir.

(untuk pengetahuan, fikiran saya sebelumnya telah dijentik bila saya membaca tulisan Tuan Zulkifli yang berbunyi :

Belajar matapelajaran sejarah, tetapi sejarah keagungan Barat, sehingga kita lebih kenal Richard the Lion Heart daripada Sultan Salahudin Al-Ayubi; kita lebih kenal Napoleon Bonarparte daripada Tariq Bin Ziyad; kita lebih kenal Hercules daripada Khaled Al-Walid. Kita lebih kenal kisah pelayaran Columbus, daripada kehebatan perjalanan Ibnu Batutha. 

bacaan lanjut di SINI. )

Dalam kelas saya, peratus pelajar Muslim lebih banyak berbanding non-muslim. Apa yang saya belajar dalam buku Inggeris ini, adalah tentang Hollywood antaranya. Dimana petikannya adalah tentang cita2 anak muda yang berda di Hollywood dan impian mereka mahu menjadi model. Yang lain2 lagi, saya lupa.

Bila fikir2 tu, siapa yang buat silibus pembelajaran ni, apa objektif mereka. Orang non muslimkah? Sebab saya lihat isi2 dalam buku ini tak memberikan kita pengetahuan yang lebih luas dalam Islam, dalam mengenali tokoh2 Islam kita contohnya Sheikh Badiuzzaman, pejuang Islam di Turki semasa zaman Kamal Attartuk, dan tokoh perubatan Islam kita yang hebat iaitu Ibn Khaldun. Dan tidak cuba membuat celahan2 walau satu pun.


Pada pandangan saya sebagai pelajar, isi2 ini tak menambah minat pada mahasiswa Muslim khususnya dalam mengenali tokoh2 Islam kita, dan mengetahui sejarah perkembangan Islam kita sendiri. Betul? Melainkan bagi yang betul2 minat, pasti mereka mengkaji dan mencari.

Saya mendengar perkongsiaan Us Hazsrizal semasa rakaman program mengenang saudara Ammar di KLCC, bahawa sahabat2 beliau yang nonmuslim membuat kajian tentang tokoh2, pemikiran2 dan perkembangan agama Islam kita ini. Kagum saya.


Sekarang saya seorang pelajar. Saya banyak baca, banyak dengar, banyak memerhati, dan banyak juga kadang2 keliru dan mudahnya dalam menilai dan menulis ini sendiri. 

Harapan saya, kedepan nanti, fikiran saya akan bertambah besar dan matang, ada idea2 baru, supaya rangka untuk mengembangkan Islam dan mengetahui sejarah2 Islam, dapat dilaksanakan dengan baik. Dengan izin Allah jua. Amin.

Kerana itu, saya gembira dengan munculnya organisasi2, yang antara objektifnya supaya masyarakat mengkaji sejarah2 Islam kita sendiri, iaitu Group Penjejak Tamadun Dunia. 

Blognya, SINI. 
Facebooknya, GPTD.

Sampai sini dulu, moga berjumpa lagi. Doakan saya.



No comments: