Tuesday, November 19, 2013

Berubah atau terus menyalah memberi alasan.


Bismillah. 
Moga2 kita semua dalam pimpinan Allah. amin.

Umur saya sudah 20. Tinggal lagi sebulan setengah, kalau ikut kalendar Masihi, umur saya akan menginjak ke angka baru. Itu satu perubahan. Bakal berubah dari angka 0 ke 1.

Hari2 yang saya lalui, banyak saya lihat, banyak saya dengar, banyak saya memerhati, moga2 banyak juga yang saya ambil pengajaran dan hikmah dari setiap peristiwa yang berlaku. 

Perubahan dalam kehidupan kita, satu benda wajib. Perubahan dari kanak2 kepada remaja, dari remaja menjadi dewasa. Itulah sunnatullah.

Berbicara pada ruang yang lebih luas, menyentuh soal perubahan sikap kita dalam kehidupan. Perubahan yang membawa kita pada kebaikan. Perubahan yang mengambil masa. Perubahan yang adakalanya kita membuat pilihan, samada berubah atau terus menunggu...menanti.

Kata2 kita. Perbuatan kita.

Semua ini, boleh bawa kesan pada diri dan orang sekeliling.
Dan, untuk tahu semua ni, bagaimana kita nak buat, boleh ja sekelip mata. Ya ka? Tapi jarang la. Selalunya kena melalui pembacaan yang banyak, dengan baca buku2 yang boleh bina pemikiran dan tingkah laku yang baik. Selain tu, bila kita sembang dengan orang lama, yang banyak pengalaman dalam hidup dan boleh dijadikan sandaran. 

Seronok sangat bila berkawan mahupun bersembang dengan orang yang memandang hidupnya dari sudut positif. Sebab boleh bagi semangat kat kita juga. Boleh bagi jalan keluar pada kita, boleh kongsi pandangan pada kita. Bukankah agama kita, Islam, sentiasa memberikan harapan kepada kita. ^_^

Memetik kata2 Mat Luthfi dalam videonya Sebelah Sayap,  

Jika agama gagal menawarkan harapan, ia bukan dari Tuhan. (,")

Begitu juga daripada teguran orang sekeliling. Kita ada pilihan samada pandang teguran sebagai kritikan membina atau, kritikan yang menjatuhkan.

Kawan2 pembaca, orang2 soleh mereka seronok dapat tahu aib diri, sehinggalah mereka dapat ubah aib mereka itu. Kondisi umat sekarang ini, tak lagi begitu tapi dengan gunakan pendekatan tertentu, insya allah ia masih sesuatu yang boleh diatasi. 

Setiap benda ada jalan keluar. Kreatifkan minda kita, pandanglah lebih jauh, fikirkan sesuatu yang kau suka. Dan utamanya mohonlah pertolongan Allah.

Berbalik pada teguran, teguran itu menjadi satu bonus pada diri kita bila kita pandangnya dengan positif. Kita ambilnya sebagai kritikan membina, kritikan yang boleh membaiki keadaan diri kita dan masa depan kita. Percayalah !

Kehidupan bersama kawan2 di sini, Jordan ini. Buatkan banyak benda saya perlu ubah diri saya. Kadang2, kita yang perlu ubah diri kita dulu, bukan menanti orang lain dulu buat perubahan. 

Kalau ikutkan ego yang ada, biarlah aku dengan kehidupan aku begini. Tapi, lepas merasakan manisnya perubahan itu sendiri, pada diri dan suasana sekeliling, perubahan yang membawa pada kebaikan mesti diteruskan.

Saya membaca 'slide' oleh Us Anhar Opir, semasa Us datang untuk bentang dalam Bengkel Pengucapan Awam. Antara isinya, 

-kita mengeluh kita tidak faham didalam kelas, tapi kenapa kita yang tidak bertanya doktor mohon penjelasan.
-kita mengeluh tidak mendengar apa doktor cakap, tapi kenapa kita sendiri tak mengubah tempat duduk di depan.

Masa baca tu, sentap rasa. Semua tu kena pada diri. Aku masih terus2an menyalahkan sekeliling dan mencari apa2 yang boleh disalahkan, tanpa berusaha merubah kebiasaan diri aku. Semua tu kerana sikap diri yang masih mencari2 alasan terbaik , agar diri sendiri tak bersalah. Agar diri ini boleh menang, dengan menyalahkan orang lain. 

Buruknya sikap begini.

Saya tambah lagi. Memandangkan sekarang saya belajar di Jordan, bahasa utamanya bahasa Arab, jadi nak dapat tidak memang saya kena kuasai lah bahasa Arab ni, kan kawan2. 

Dari dulu masa tiba di Jordan, sampai sekarang, saya akui ada ja cakap, mengeluh...boleh ke aku nak baca kitab arab nih...susahnya nak faham...and then tutup buku buat benda2 yang lebih menarik.hehe.

Alhamdulillah, Allah bagi kesedaran awal. Nak dapat tidak, saya kena berhadapan jugak dengan nota2, kitab2 Arab nih. Ada...ada jalan keluarnya. Antaranya, buka Kamus, tengok Kamus, makan kamus supaya jadi sebahagian dari kita (eh..melawak ja yang last tu), rujuk2 bahan rujukan yang lain contohnya buku, maklumat2 dari internet. Selain tu, kalau masih2 tak faham lagi, tanya doktor, tanya senior2, tanya kawan2 yang lebih pandai, lebih faham dari kita. Kalau kita tak sedar2 jugak, sampai habis belajar kita akan salahkan buku arab tu. Sedarlah...moga2 Allah beri kita kesedaran.

Nak katanya kan, saya sendiri bila doktor syarah depan kelas tu, dalam hati, 'untungnya jadi orang arab' , 'kan best kalau aku faham bahasa arab sama macam aku faham bahasa melayu'. macam tu la, itu juga luahan hati sahabat2 aku yang lain. Kita mungkin tak dapat fahami semua, tapi dapat tangkap 'isi penting ' tu pun dah kira bersyukurlah. Kasi 'up' lagi sikit ok. Percayalah, kita semua boleh. Kita mampu mengubahnya. ^_^

Bila tengok senior2 aku kat sini, yang dah tahun 3,4 tu. Aku kagum. Kagum pada kemampuan mereka menterjemah, memahami isi kitab dan menerangkan pada kami. Cuba fikir.... Sekelip mata ka semua tu? (dalam hati semestinya..hehe melawak ja) Semestinya tidak. 

Mesti mereka adalah orang2 yang mengorbankan masa tidur mereka, orang2 yang berjumpa doktor bila tak faham sebab mereka belajar bukan untuk peperiksaan tapi untuk faham, untuk sampaikan pada umat bila mereka pulang ke tanah air nanti. Orang2 yang mengorbankan wangnya demi membeli buku, membayar duit tambang untuk menuntut ilmu. Orang2 yang tetap meneruskan pembacaan walaupun tak faham, dan faham bila dah cari dalam kamus.

Semuanya bermula dengan kepahitan. Kerana di sebalik kepahitan itu ada manisnya. Dan benda yang pahit itulah yang kita akan kenang, tersimpan utuh dalam memori kepala kita. Pahit itu juga yang akan kita kongsi pada anak cucu dan murid2 kita. Insya allah. Moga2 Allah permudahkan semua sahabat2 saya penuntut ilmu sekaliannya, amin.

----------------------------------
Kita, ada masa kena renung balik diri, salahkan diri kita jugak. Tapi, kena ada ilmu jugak la. Mudahnya, kita belajar semua itu dalam kehidupan yang kita lalui. Semua ada dalam nya.

Apa yang penting, jangan takut untuk mencuba sesuatu, jangan takut untuk salah, kerana dalamnya kita dapat belajar mengawal perasaan, menundukkan ego dan dapat mencipta strategi2 baru. ^_^

nota : sekarang musim exam. Doakan saya dan kawan2 saya.

Moga2 kita semua sentiasa dalam pimpinan Allah.
Moga2 kita semua tergolong dalam golongan yang berjaya dunia akhirat, amin.

(Saya tambah pada hari yang sama, jam 8.58 malam. Grr..Jordan dah sejuk, dah syitak. )

No comments: