Monday, November 25, 2013

Jordan: Doa dan Sikap Diri.

Bismillah.


Sejak akhir2 ni, ada ja benda saya nak nukilkan di laman ini. Kehidupan, kembara ilmu saya di Jordan ini, begitu juga mungkin sebab memikirkan hanya 4 tahun saya di sini, dan masih berbaki waktu dalam 3 tahun, buatkan saya nak menulis pengalaman2 di sini, sebagai panduan pada masa akan datang.

Bagi pelajar2 yang mengaji di sini, sudah ma'ruf (mengetahui) akan sikap masyarakat Arab. Yang mana lidah mereka basah dengan doa kepada orang lain. Di mana2 pun, mudah ja telinga ni mendengar. 

Kalau mendengar ada orang sakit,mereka mendoakan, "Allahu yushfika/i" (Allah sembuhkan kamu.)
kalau tahu orang ada urusan,  "Allahu yusahhil umurik" (Allah mudahkan urusan kamu)
kalau seseorang nak pergi, "Allah Ma'ak". (Allah bersama kamu)

dan banyak lagi. Pasti itu didikan dan kebiasaan mereka sejak kecil lagi kan. 9_6. Sebab itu mereka boleh amalkan dalam seharian2 mereka. Saya kagum. 

Dalam sudut pandang lain, saya menangisi keadaan masyarakat Arab sekarang. Saya perlu cerita, agar kita dapat mengambil iktibar darinya.

Kalau sahabat2 semua datang ke Jordan, di kawasan macam kampung2 sikit, contohnya Mafraq la, tempat saya mengaji sekarang, kawasannya kotor. Ada ja sampah sarap menjamu mata ni. Sampaikan macam dah jadi biasa semua tu. Saya yakin, kalau masalah2 sampah ini dapat diatasi, pasti masyarakat Arab ini, dapat menjadi bangsa yang lebih bertamadun dan dihormati. Hanya sebahagian sikap masyarakat Arab yang tidak sedar, bukan semua.

Namun kini, bolehkah saya kata, mereka hanya berbangga dengan khazanah2 ilmu berbahasa Arab yang para ulama' tinggalkan di bumi barakah ini.

Kerana, selagi mana manusia tak merubah dirinya dulu, manakan dia mampu merubah masyarakat keseluruhannya. Ini yang saya sedih.

Dalam kelas Dr Imad, tak salah saya, Dr ada sebut, "beruntunglah kita lahir dalam bangsa Arab", sebab banyak kelebihan yang ada pada mereka, jika mereka pandai menggunakannya. Contohnya, dapat membaca khazanah2 kitab dengan mudah kerana kebanyakannya dalam bahasa Arab.

Lagi, saya ada nampak kadang2 lelaki dan perempuan yang dah pakai 'smart, cantik, bergaya' , tapi tup2...dia baling sampah depan kita. Waduh, camana nak buat bakal imam, bakal makmum nih..hehe. 

Dalam kelas kuliah, di kerusi2 ada ja dimasukkan tisu2 terpakai, di celah2 lubang yang ada, yang mampu memuatkan saiz tisu, 15cm x15cm. Penuh. Selagi tak penuh selagi tu sumbat.

Dalam kelas Alquran, yang ada 'air-cond', yang selesa, pada lacinya dilekatkan 'chewing-gam' yang telah dikunyah.

Orang non-muslim sedikit sebanyak, berjaya menjauhkan kita daripada ajaran Alquran, ajaran Islam. Inilah yang mereka harapkan, sedangkan mereka pula yang beramal dengan ajaran Islam kita.

Dalam Alquran menyebut yang bermaksud :

1. “Dan sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bersih”. (Q.S. At-Taubah [9]: 108)
2.“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang bersih”. (Q.S. Al-Baqarah [2]: 222)

Tapi kini, masyarakat lupa pentingnya kebersihan, yang Allah perintahkan, hatta saya sendiri.

Setakat ini dulu, sedikit coretan pengalaman saya, sekarang saya Tahun 2 di Universiti Al al-Bayt ,Jordan.

No comments: