Saturday, November 2, 2013

Kongsi pendek : kisah belajar, madah takhasus, majlis ilmu,

Salam semua, semoga pembaca sekaliannya dirahmati Allah.

Alhamdulillah,dah lepas semua madah untuk imtihan awwal, walaupun ada markah yang tak berapa baik, saya kira saya perlu buat lebih baik untuk imtihan thani dan thalis nanti.

Saya kat sini, ambil takhassus usuluddin, dan  madah yang saya ambil fasal ni.

1 مذاهب عقدية
2 قصص قرآني
3 علوم القرآن
4 (تلاوة تجويد ( 1 : kena hafal juzuk 29 dan 30.
5 BI 1
6 BA 99

Alhamdulillah, saya sangat2 berminat untuk mendalami ilmu2 dalam bidang usuluddin ni. Harapan saya, saya boleh menjadi pakar dalam bidang saya ni, disamping tahu bidang fiqh jugak. Nak katanya, masyarakat kita di M'sia khusunya, kebiasaannya mereka akan tanya persoalan2 fiqh berbanding benda lain. Lebih suka tahu apa hukum itu, apa hukum ini.

Antara lain, saya dah mula minat, nak tahu agama2 lain. Sekarang yang saya tengah belajar dalam kelas مذاهب عقدية. Dan untuk permulaan,kami bincangkan dulu tentang fahaman Syiah.

-bagaimana muncul.
-siapa pengasasnya.
-pecahan2 dibawah syiah.
-kesesatan2 syiah.
-apa kepercayaan syiah.

menariknya, doktor tekankan pada kami sungguh2. kata doktor,untuk apa2pun, kita jangan taksub dengan mana2 fahaman supaya dapat buka minda kita,dan kita jujur dalam penilaian kita. dengan tak menyebelahi mana2 pun. cuma jika benar ikut, jika salah, tinggalkan. ahlusunnah yang sebenar, mereka tak kafirkan orang.

bawah nih, saya catit sikit, sebab2 munculnya pelbagai mazhab,dulu saya macam terikut jugak dengan satu ja/ berat sebelah. bila dah baca sebab muncul mazhab ni, alhamdulillah terbuka sikit minda saya. antaranya:

-kefahaman ulama berbeza2, ada ulama yang boleh hafal banyak hadis,beribu2. ada ulama yang tak mampu hafal beribu2 hadis tapi dikurniakan kefahaman yang baik.
-apabila orang dari agama lain masuk agama islam, dan sebarkan kefahaman2 mereka dalam islam, dan ada dalam kalangan mereka masuk islam kerana nak rosakkan aqidah orang islam.
-penterjemahan kitab2 yunani. islam suka bila umatnya menuntut ilmu, tapi pengaruh yunani yang berfikir gunakan akal ja, sikit sebanyak mempengaruhi orang islam contonya tentang sifat2 allah.

dan ada lagi lain2, banyak2. boleh cari sendiri, baca sendiri, buat penilaian. kalau tak reti takpandai tanya yang pandai, ok.

sekarang, banyak3...kelas2 pengajian dari persatuan, dari syeikh2 dan doktor. alhamdulillah. cuma itulah, tak semua jugak saya perginya. huhu.. Ya allah,hamba berlindung kepadaMu dari ilmu yang tak memberi manfaat, dari ilmu yang tak diamalkan. amin.

banyak benda dalam fikiran,banyak benda kena seimbangkan.pelajaran,kerja dan hal2 yang menjadi keperluan,moga2 Allah bantu kita semua.Ya allah,aku memohon padaMu akan keberkatan pada masaku, permudahkanlah urusanku dan sahabat2ku sekaliannya.janganlah Engkau serahkan nasib diriku padaku walaupun dalam kadar sekelip mata, amin.

lagi,sejak 3 or 4 hari lepas macamtu la kira2nya, persatuan pelajar kami ada buat program.terima kasih2,  bagi saya sendiri,ia sangat membantu pelajar2 kita. Program KALAM namanya. program AKADEMIK. tapi itulah, tak semua saya datang pun,terikat dengan itu,ini.. macam2 lah.

yang best hari nih, pelajar2 yang senior dalam tahun 3,4 terangkan kitab2 dalam takhassus, tahun lepas masa saya tahun 1st xda buat camni. jadi saya amik kesempatan la dengar apa kitab2 yang boleh guna, apa kita belajar dalam bidang usuluddin dan macam2 lagi.

dan saya dapat maktabah syamilah..hehe. software dia, yang banyak3 sungguh3 kitab dalam tu.kitab turath dan kitab kontemporari. semoga dapat bagi manfaat la ea athirah jinal. ^_^

lagi slot by us syeikh fakhrullah, tentang pengenalan kitab turath, yang paling bestnya masa us terang lafaz2 istilah fiqh yang selalu kita jumpa kalau baca kitab (masalah aku adalah aku tak banyak baca kita, jadi lagu nih la, tak tahu banyak sangat). setiap istilah2 tu, ada maknanya tersendiri, bukan semberono boleh tengok kamus pastu terjemah. ok! ustaz kata lagi, terjemahan bahasa melayu tak cukup tinggi banding ngan bahasa arab,cuma sebab kita nak bagi masyarakat boleh tahu jugak, kita letak maksud yang paling dekat la.

satu contoh us kata tadi, kalo nak ikut انما, melayu akan terjemah atau faham sesungguhnya, makna yang tepat lepas ustaz buat penilitian adalah 'sebenarnya' bagi maksud انما. dan macam2 lagi yang saya akan usaha untuk kongsikan.

boleh pergi blog beliau terus. Blog Awjazul Masalik.

bukan apa, kalau dok dalam buku ja dan susun kat rak tu, saya tahulah yang saya nih akan jarang bukak dah..huhu. tak baik kan. jadi, ada baiknya saya tulis dan kawan2 lain boleh baca. insya allah.

takat ini dulu, doakan saya semoga berjaya dunia akhirat, saya doakan moga allah mudahkan urusan kalian semua. dan mengajilah hingga akhir hayat kita,insya allah.

No comments: