Wednesday, November 27, 2013

Mula merancang dan bergerak.

Bismillah. Salam pagi Rabu dari Jordan.

Saya mencari2 maklumat. Benarkah negara Angola mengharamkan Islam di negara mereka. Untuk itu saya pun 'search' di Google  dan jumpa banyak tulisan samada dalam B.Melayu mahupun B. Inggeris.

Tengah baca2 tu, saya pergi pulak ke ruang komen. Dan terjumpalah komen di bawah ini. Saya sertakan link asal kalau sahabat2 nak tengok. SINI.



Maksudnya : (Mari kita doakan moga2 ini adalah permulaan untuk langkah berakhirnya Islam. Semua negara terutamanya Amerika Syarikat, perlu melihat Islam sebagai IKUT-IKUTAN bukan sebuah AGAMA. Tapi kita ada Obama, seorang Muslim, sebagai presiden kita, dia tidak akan berbuat apa2 terhadap Islam. that sorry as POTUS.) ayat belakang tu saya tak terjemahkan. sebab saya tak tahu POTUS tu apa.

Sahabat2 saya, orang2 non muslim mendoakan agar agama kita agama Islam, berakhir. Dan kita juga mendoakan mereka, agar mereka mendapat hidayah dan jadikanlah kita asbab mereka mendapat hidayah, amin.

Dalam kelas Ulum Alquran, Dr Ziyad berkata kepada kami, 'Orang2 bukan Islam tidak akan dapat mencari kelemahan dan kekurangan dalam agama Islam. Bukankah Allah berkata dalam Alquran :

قول الله تعالى: " اليوم أكملت لكم دينكم وأتممت عليكم نعمتى ورضيت لكم الإسلام دينا " 
( سورة المائدة:3 )
Yang bermaksud : Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu.

Kata Dr Ziyad lagi, Allah sendiri telah menyempurnakan agama Islam, maka mereka tidak akan menjumpai apa2 kekurangan dalam Islam, melainkan persoalan2 yang mereka cuba timbulkan dan sensasikan, dimana soalan2 tersebut dapat dijawab dengan kebijaksanaan orang2 Islam . Alhamdulillah, kurniaan Allah.

Dr Rula adalah Dr talaqqi saya, saya mengaji kitab BahjatunNazhor dengan beliau. Moga Allah merahmatinya. Sering Dr berpesan pada kami, ''Orang Islam ini adalah orang yang bijak. Maka setiap soalan2 yang didatangkan oleh nonmuslim, kita akan dapat menjawabnya''. Benar kata Dr tu. Tinggal kita nak gunakan akal kita dengan sebaiknya atau tidak ja. Tidak cukup kita sekadar berbangga dengan menyebut2 ulama2 terdahulu contohnya Imam Abu Hanifah, Imam Ghazali, Imam Syafie. Bahkan kita perlu buat perubahan pada diri kita. Moga Allah pimpin kita, amin.

Disini saya sertakan tafsir surah Al-maidah, ayat 3 ini bersumber dari Lubaabut Tafsir min Ibn Katsiir.





Sahabat2, kita perlu bermula, dengan mempelajari teknik2 dakwah dan balas hujah (untuk tegakkan kebenaran),menggunakan dalil naqli mahupun dalil aqli.  Pasang niat kita, moga2 Allah mudahkan, Allah pimpin. 

nota : Rasanya benar mengenai agama Islam diharamkan di Angola. First time dengar nama negara nih.

(tulisan biru ni saya baru tambah. Jam 7.15pm di Jordan. saya cek balik statusnya dan ternyata sudah dipastikan oleh Sheikh Waleed Abdulhakeem. Boleh rujuk DISINI. Hasbunallah wa ni'mal wakil. )



No comments: