Friday, November 15, 2013

Pengalaman bekalan masa depan.

Sekali lagi, tiba hujung minggu yang dinanti2..hehe. Kita cuti dulu.

Malam hujung minggu nih, layan video Us Abdullah Khairi. Saya kenal beliau masa saya di sekolah menangah lagi, dalam tingkatan 4 @ 5 camtu la. Us Marshidi yang perkenalkan pada kami, tunjuk video pada kami dalam surau, ketika datang memberi ceramah. Allah rahmati guruku ini, amin.

Isi video Us Abdullah, ada menyentuh tentang seorang pelajar. Dia pelajar yang 'kuang ajaq', semua ada, tak hormat guru, berani tumbuk guru dan letak kaki atas meja. Dan alhamdulillah, terajang Us padanya satu ketika dulu, disamping doa yang Us tak jemu tiup pada telinga dia masa dalam kelas, hampir setahun, berjaya menjadikan dia seorang manusia, lebih dari itu manusia yang berjaya.

Ceramah Us Abdullah Khairi.

Kisah Us ini mengingatkan saya ketika mana saya mengajar di Sekolah rendah Al-Hidayah, sebagai guru ganti sementara menunggu keputusan untuk ke Jordan. Saya mengajar kelas 2 Ya'akub. kalau dalam ceramah us Abdullah, Us masuk mengajar kelas 5H, lebih kurang saya tapi Us hebat lagi, saya mengajar 2Ya'akub, kelas hujung juga. Saya juga guru kelas 2Ya'akub ni.

Kelas ni terkenal juga kenakalan pelajarnya, keluar masuk kelas suka hati. Itu baru darjah 2. Cuma, guru2 yang berpengalaman dan hebat saya kira boleh urus kelas ini. Ada ja ramai guru2 senior saya. Saya masuk2 pun, umur macam kakak mereka ja, memang jauh la depa nak dengar.



Ada ramai pelajar lelaki kelas ni. Nakalnya mereka, Allah yang tahu. Sengsaranya saya, tiap hari saya mengeluh dalam hati kalau perlu masuk kelas ini. Saya tak berdaya menghadapi mereka.

Alhamdulillah, Allah beri kelebihan kepada saya, selalunya maklumat2 yang saya cari memang saya akan jumpa. Dengan izin Allah jua. Saya jumpa teknik Mendorong Gaya Nabi, yang diperkenalkan oleh Puan Ainon, seorang wanita yang amat saya hormati. Selain itu, bersama guru pengamal, Us Siti Khadijah dan Puan Khairunniza. Tapi bukan itu saya nak fokus di sini.

Saya nak cerita seorang pelajar nih, dalam ramai2 dia paling saya terkesan. Dia nakal, keluar masuk kelas suka hati, tak beradab dengan guru kecuali yang garang.

Masa ibunya datang ambil 'report card', saya ceritakan pada dia akan sikap anaknya. dan ibunya turut bercerita pada saya. Ibu dan ayah ni agak sibuk juga. di rumah pun, pelajar ini ada sikap suka mengamuk juga. Saya nampak di situ.

Saya kongsi dengan ibu pelajar tersebut. Saya cerita pada dia, dulu ibu saya cerita saya seorang yang baran jugak. Bila mak panggil masa kecik tu, kita mendengus/ buat bunyi. Pernah juga saya baling telur di dinding masa mengamuk. Tok saya perasan akan sikap saya. kemudian terus bagitahu mak saya, dan surah mak saya baca ayat2 dan tiup pada saya semasa saya tidur.

Saya kongsi tips ini dengan ibu tadi. Disamping, saya mendoakan anak murid saya tadi, juga satu kelas ini, moga2 mereka berubah menjadi manusia yang berguna bila besar nanti. Mungkin dari segi akademik mereka ada kekurangan, tapi saya sangat2 mengharap pada ALlah, agar jadikan mereka ini anak2 yang baik, bermanfaat dan berguna pada agama , amin.

Itulah serba sedikit pengalaman saya, keperitan saya semasa mengajar di sekolah rendah. Pengalaman itu, perit ketika sedang berlaku, manis untuk dikenang setelah berlalu. menjadi pedoman untuk hari2 akan datang, insya allah.

Doakan saya. Moga2 kita semua berada dalam pimpinan Allah dan berjaya dunia akhirat. Amin.

Gotong Royong 2 Ya'akub
Sebelum Make Over
Ceriakan Kelas
Hari Laporan Kad Kemajuan

No comments: