Tuesday, November 12, 2013

Si Kecil Faris Muntasir.

Lepas Subuh, terkenang pada sorang anak buah aku nih. Namanya Faris Muntasir bin Abdul Fatah.

Aku masih ingat, masa aku teman kakak aku pergi 'camping' dalam kawasan yang ada resort. Dan belakang2 tu ada la semak samun jugak. Nak dijadikan cerita, si Faris nih demam. Demam panas, memang masa tu aku la yang jaga kan. Ya Allah,memang tak reti sangat.

Kawan demam, masa tu usia baby lagi la. Maknya ada slot2 khas kan. Memang si Faris nih dia tak boleh kalau letak kat bawah, dia nak kita dakap dia. Kalau tak dia menangis. Dengan macam tu mungkin dia rasa lebih selamat, kejap dan satu lagi sebab haba badan aku sama.

Aku selalu tepon kakak aku, kalau Faris nih menangis. Sebab sebagai ibu, dia lebih tahu cara nak 'take care' yang betul dan apa yang anak dia mahu. Aku nih, karang bagi tak tentu pasal pulak.

Masa tu, kakak aku tanya aku, kita nak buat camana nih. Balik ke atau stay, mungkin suhu dia akan turun. Aku cadang supaya balik ja dan bawak terus pergi hospital/klinik. Tapi, kami 'stay' lagi sampai malam tengok suhu dia turun tak. Kejap2 rasa biasa badan dia, kejap2 rasa panas balik. Malam tu, aku ajak kakak aku balik jugak. Aku risau masa tu. Risaukan sebab dia 'baby' lagi. Imuniti badan pun tak kuat mana lagi, dan satu lagi sebab kawasan yang kami pergi tu kan macam resort hutan. Makhluk2 ghaib nih kan banyak tempat gini.

Salah satu sebab yang buat kakak aku fikir panjang sama, sebab kawasan yang kami nak lalu balik nih sunyi, tak ramai orang. Gelap. Aku dan kakak aku perempuan, dengan Faris ja.

Dah siap berkemas, kami memang berserah dan bertawakkal pada Allah sepanjang perjalanan tu. Memang gelap. Kawasan pedalaman macam dalam hutan tu. Bila dah ke depan sikit, baru la nampak sikit gerai2, dan orang2 kampung. Lega rasa. Dan sekian2 yang terjadi lepas tu.

Apa yang aku nak kongsi di sini, bila kita sedari kita tiada pergantungan dah selain Allah, kita akan meletakkan seluruh kepercayaan dan penyerahan pada Allah untuk memelihara dan menjaga kita. Kita tak risau dah akan benda2 lain yang mengganggu gugat kita.

Begitulah kisah ketika mana Rasulullah yang mulia, ketika itu baginda berseorangan. Baginda  didatangi oleh seorang bukan Islam yang menghunuskan pedang pada baginda. Pemuda itu bertanya pada Rasulullah, 'siapakah yang akan melindungi engkau ?'. Jawab nabi, 'Allah'. Terus pedang tu jatuh. Dengan ketangkasan baginda, lantas mengambil pedang tersebut, dan menghunus pedang pada pemuda itu. 'Sekarang siapa yang akan melindungi engkau?'.

Rasulullah dengan keyakinan baginda yang sangat tinggi kepada Allah, yakin dan percaya Allah akan menjaganya. Itulah peribadi kekasih Allah yang mulia. Moga2 kita dapat mencontohi baginda.

Allahumma solli 'ala saidina muhammad, wa aali muhammad.

Begitu juga dengan para nabi yang lain, ketika mana mereka menyeru kaumnya agar kembali menyembah Allah yang satu. Sesungguhnya, keyakinan dan kecintaan yang tinggi pada Allah lah menyebabkan mereka berani dan berkorban.

Maha suci Allah.

.............................................

Sekarang, Faris yang aku jaga dulu, dah pun mencapai umur setahun lebih. Masa aku terbang ke Jordan, dia masih 'baby' lagi. Tak boleh berjalan , tak boleh bercakap. Apatah lagi mesti tak mengenali aku.


(mata dia tu..pipi dia tu, memang la buat aku terbayang. huhu)

(tak senonoh aku pakaikan dia tudung, dia lelaki. comel g2. ^^_)

(sekarang dah besar, dah ada kaki dah boleh lari2 dah. aku balik M'sia tahun depan mesti tak ingat dah acik dia yang cantik nih.)

(mama dan abahnya. Yang tengah tu atoknya a.ka. my hensem daddy.)

(and lastly, my beauty mummy and hensem daddy. Moga Allah merahmati umi dan abah. amin. Terlihat keringat kedutan di wajah, asbab bersusah payah membesarkan kami anak2 kalian.)

Acik doakan moga2 Faris jadi anak yang soleh, orang yang baik, berguna pada masyarakat dan agama, bermanfaat pada orang lain. Insya Allah, amin. 

Kita jumpa tahun depan, insya allah.

nota: masa pagi2 nih la ada idea datang. Sekarang dah pukul 6.53 pagi kat sini. Pukul 8 pagi ada kelas dah..hehe. Curik masa. Hari nih 9 Dzulhijjah. Aku doakan moga2 kita semua dirahmati Allah dan dipimpin oleh Allah, amin. Kepada yang berpuasa, selamat berbuka lepas azan Magrib.

Doakan ambe di sini. Moga2 balik nanti, menjadi orang yang bermanfaat dan mampu mengamalkan ilmu. Dan paling penting, ambe nak jadi orang yang baik. Terima kasih pada umiabah, dan guru2 yang mendidikku. Ya Allah,masukkanlah mereka ke syurgaMu, amin.

nota : (tulisan biru ini saya tambah, pada 13hb 11 2013, hari Rabu, dan di Jordan lagi 6 minit nak jam 12.01am, hari Khamis. Sebabnya saya tambah, selepas sedar ketergesaan bubuh tarikh Hijri tu. Betapa tak intabih=peka la aku nih. Malu rasa. Sepatutnya 9Muharam tu, silap pergi letak 9Dzulhijjah. Sebenarnya, ada khilaf 9Muharam kat Jordan nih. Ada yang kata hari Selasa tu 9Muharam, ada yang kata tak. Pastu bila perhati balik, rupanya Jordan ikut Malaysia. Hari nih baru 9Muharam. esok 10Muharam. Takpa la yang tu. Takjadi masalah pun kan. Sekali lagi saya nak ucap selamat berpuasa esok, 10 Muharam, moga2 puasa kita bukan setakat menahan lapar dan dahaga, tapi juga meningkat iman dan taqwa kita kepada Allah, amin.)






No comments: