Saturday, November 23, 2013

Siapkan diri untuk ummah.

Bismillah.

Hari ini, pagi yang sejuk di Jordan. Hari yang akan datang, akan bertambah lagi sejuknya. Dijangka tahun ini adalah tahun yang paling sejuk sekali di Jordan. Dalam 100 tahun, inilah yang paling sejuk. Beruntunglah adik2 batch Ghuraba' yang buat pertama kalinya kalian di sini . Eh ? untung ke kak..hehe.


Esok saya exam, exam madah Mazahib Aqdiah. Dan saya perlu muhasabah kembali tulisan saya yang lepas--> perlu bukak kamus. Saya diuji sekarang ini, dan saya kena hadapi dengan cara yang betul, yang terbaik. Inilah kehidupan pelajar.


Saudara Marwan Bukhari menulis, 


Kita fikir, ketenangan itu apabila sedang senang dan sifar ujian.Spiritual berkata, ketenangan itu ada pada bagaimana kita berdepan dengan ujian.


Saya suka membaca pengalaman2, kisah hidup orang. Sebelum saya menulis posting ini, saya membaca post2 ibu Assyahid Ahmad Ammar, Puan NurAzlina. Tulisan beliau yang menginspirasi, memotivasi dan menceritakan perjalanan kehidupan anaknya, Ammar. Saya kagum.





Sahabat2 pembaca, kita dah baca, dah selami dan dimotivasi dengan kehidupan Ahmad Ammar. Tiba masa kini, kita buat perubahan diri.


Kalau kita tak tahu apa yang perlu dibuat, doa pada Allah. Mohon pada Dia agar pimpin kita, sebab kadang2 kita mohon apa yang kita nak dalam hidup bukan apa yang kita perlu. 


Dalam doa selepas habis baca Ma'thurat, ada sebut,


'Ya Allah janganlah Engkau serahkan nasib diriku kepada diriku walau dalam kadar sekelip mata'. Maknanya, kita nak seluruh kehidupan kita nih, dalam pimpinan Allah, jagaan dan petunjuk Allah.


Dalam kembara kehidupan saya di Jordan, sebagai pelajar, kadang2 bila duduk dengan kawan2, mendengar isi2 perbualan yang kami bualkan, dalam hati saya, 'adakah perbincangan/perbualan2 ini yang boleh membina generasi2 pembangun Islam.' Perbualan2 kita yang masih berada di tahap bawah. Kita mahu membina generasi2 yang kecik2 lagi sudah berfikir bagaimana untuk membangun Islam. Malangnya, isi2 perbualan kita masih bukan ke arah itu. Bukan ke arah pembentukan menaikkan Islam. Saya juga begitu. Semua ini masih boleh kita atasi, masih boleh kita perbaiki.


Bakal2 ibubapa, siapkan diri kita agar kita bina anak2 untuk ummah.  Niatkan diri kita untuk ummah, disamping jangan lupa bina diri kita, siapkan diri kita. 


Ibubapa Ammar, mereka sudah awal2 lagi meniatkan diri mereka untuk ummah, ada saya baca dialog yang ditulis Puan NurAzlina sebelum beliau menjadi suri kepada Encik Azzam. Encik Azzam beritahu pada bakal isterinya, bahawa dirinya milik ummah dan akan sentiasa berada dalam lapangan untuk membantu ummah.


Kerendahan hati dan tawaddu' ucapan Encik Azzam,ayah kepada Ammar ketika berbicara dengan sahabat Ammar tentang diri Ammar, (lebih kurang begini bunyinya)


''ini bukan Ammar yang pakcik didik, mesti ada orang lain yang didik Ammar hingga sampai tahap ini''. 


Mohon2 sungguh2 pada Allah agar pimpin kita. insya allah, amin.


Saya yakin dan percaya, jika pemuda ini, Ammar masih hidup, dia pasti mengimpikan sahabat2 menjadi lebih baik dari dirinya.


Begitu juga sahabat2, usah dilupakan perkara yang paling utama untuk diri kita, menyucikan hati. TazkiyatunNafs.

Bukankah Allah ada menyebut,

Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai; lalu masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku (QS al-Fajr [89]: 27-30).

Tafsirnya dalam Lubaabut Tafsir min Ibn katsir,




Nah, bukankah kita sudah lihat secebis kehidupan saudara Ammar, antaranya beliau dididik di Madrasah Hayrat Vakfi. Beliau mempelajari bermain seruling yang digemari Maulana Jalaluddin Rumi. Beliau juga berziarah ke Markaz Naqshabandi di Turki. Bersama2 dengan orang soleh di sana. (saya nak cari lagi apa antara aktiviti2 yang dijalankan di madrasah Hayrat Vakfi ini.)




Itu antara usaha2 beliau dalam TazkiyatunNafs di Turki. Disamping cemerlang akademik, cemerlang juga sahsiahnya. alhamdulillah.

Di Jordan, saya mengambil Usuluddin, dan harapan saya, saya ingin menjadi pakar dalam bidang saya ini. Doakan saya, amin. Moga kawan2 saya penuntut ilmu yang lain, dipermudahkan urusan juga.


Alhamdulillah, terima kasih buat Umi Abah yang sentiasa menyokongku,memberikan sokongan dan dorongan, yang sentiasa mendoakan aku. Begitu juga kepada Guru2ku yang mendidikku menjadi seorang manusia. Ya Allah, tempatkanlah mereka di syurgaMu yang tertinggi, amin.


Aku akan berusaha menjadi seorang yang berguna dan bermanfaat pada ummah, hinggalah sampai hari aku dikembalikan padaNya. Kerana Allah menilai usaha kita, bukan hasilnya.


Sahabat2, percayalah diri, berikan ruang pada diri. Jika bukan kita yang percaya diri, siapa lagi yang akan percaya kita.

No comments: