Tuesday, December 3, 2013

Dakwah non Muslim.

Bismillah.
Malam yang makin sejuk di Jordan,menggigit hingga ke tulang rusuk.

Saya nak kongsi dengan sahabat pembaca sekaliannya.

Pengalaman saya masih pendek dan muda. Cuma saya nak cerita jugak. Melihatkan kepada pendakwah Muslim yang mengajak non muslim kepada Islam di Malaysia, kebanyakannya yang aktif adalah merupakan dari non muslim itu sendiri yang memeluk agama Islam. 

Apakah sebabnya? 
Adakah mereka sahaja yang mampu? 
Adakah mereka sahaja yang mengetahui cara menyampaikan kecantikan isi ajaran islam ini dengan sebenar dan sebaiknya? 

Saya tak mahu jawab, masing2 boleh jawab sendiri.


Baru2 ini, saya mengikuti program Lancer 2 anjuran Kelab Peguam Muda Jordan (KPMJ) di Irbid. Ada satu forum yang menampilkan Us Farid Ravi. Satu point yang saya intabih dari kalam beliau adalah, 'kamu balik tak buat kerja dakwah'. Masa dengar tu saya ingat, sekarang saya tak ingat dah ayat panjangnya.

Di sini, Jordan ini, saya merasakan jika tiadanya pembelajaran tentang asas2 atau teknik2 tentang dakwah kepada non muslim sedari Jordan lagi, mahasiswa kita tidak akan bermula langsung 'dakwah kepada non muslim' bila balik ke Malaysia nanti !! Saya menangisi diri saya sendiri.

Oleh itu, saya ada perancangan nak dibuat. Mewujudkan kelas mingguan/bulanan tentang kaedah Dakwah Non Muslim, supaya mahasiswa kita dapat belajar dan ada asasnya. Dan pengajarnya adalah seorang yang ada pengalaman dalam dakwah non muslim sendiri. Insya allah.

Doakan saya, moga2 dipermudahkan dan berjaya dijalankan. Saya yakin dan percaya, kelas ini mampu menarik minat mahasiswa, menanamkan dalam fikiran bahawa ia tidaklah sesukar mana, lantas masing2 ada keberanian berdasarkan asas2, teknik2 dan ilmu2 yang bakal diperolehi. Insya allah. Hinggalah setiap umat manusia non muslim dapat merasa dan mengetahui keindahan islam, amin.



Seterusnya, dalam tempoh beberapa tahun mampu mewujudkan Kelab khas di Jordan ini, di bawah bimbingan dan bantuan Institusi2 Dakwah yang ada di Malaysia contohnya IPSI. Seterusnya mampu memberi manfaat kepada seluruh mahasiswa jordan khususnya, insya allah amin.

Moga2 usaha ini dipermudahkan, dan dipimpin oleh Allah sehinggalah mencapai matlamatnya. Insya allah.

No comments: