Monday, December 9, 2013

Kematian yang tragis dan pencetus perubahan.

Bismillahirrahmanirrahim.

Moga sahabat2 pembaca saya sekaliannya dalam rahmat Allah sentiasa.

Baru2 ini, kami...pelajar Jamiah Al-Bayt, dikejutkan dengan kejadian pembunuhan seorang pelajar perempuan Arab takhassus Syariah. Namanya Nur. Moga Allah merahmati rohnya. Amin.

Berita ini benar2 menggemparkan saya dan sahabat2 lain, kerana ia sesuatu yang sangat2 dekat dengan kami semua. Ini kerana:

1/ Belajar di Jamiah Al-bayt.(sama dengan saya)
2/ Dalam takhasus Syariah (sama dengan saya, tapi saya tak mengenali allahyarhamah Nur)

Hari ini, pihak Jamiah mengadakan solat ghaib (solat jenazah), kepada roh beliau, Nur.

Melalui pembacaan2 saya, Nur ini merupakan seorang pelajar yang ceria, aktif di dalam kelas, rajin bertanya, rajin membantu doktor, malahan pelajar cemerlang berdasarkan markah2 peperiksaan beliau.


(kertas peperiksaan beliau. saya tak pasti 20 per berapa. tapi selalunya untuk peperiksaan ke2, 20 per 20. )

Berdasarkan kisah yang saya dengar, beliau dijumpai mati dengan 9 tikaman di tubuhnya, selain mukanya ditoreh dan ada lagi. Tapi saya tak pasti. Mayatnya dijumpai di dalam bas, dan semasa mayatnya dijumpai, mereka tidak dapat membezakan darah dan bajunya kerana begitu banyak darah yang keluar. Pembunuhan yang tak berperikemanusiaan , kejam !

Kemanakah nilai kemanusiaan?! 
Kemanakah iman pergi?!
Allahu musta'an.

Kesannya kepada saya sendiri, saya dah susut kepercayaan kepada syabab2 Arab di sini, saya curigai kebanyakan mereka. Itulah penangannya. T_T.

Alhamdulillah, pembunuhnya sudah ditangkap. Katanya bekas penuntut Jamiah Al-Bayt juga. Sekarang merupakan konduktur bas.

Takut dan seram keadaan sekarang nih. Hanya kepada Allah tempat mohon perlindungan.

Ya Allah, peliharalah kami dari kejahatan makhlukMu, amin.

...................

Saya juga melihat dari satu sudut lain, apakah kematian Nur, seorang muslimah yang baik ini, merupakan pencetus kepada sesuatu?

Mari kita sama2 fikir dan renung, apakah graduan2 lepasan universiti akan keluar tanpa adab dan akhlak yang baik. Bukankah universiti ini satu tempat menuntut ilmu dan pembentukan akhlak? Apakah kurangnya nilai dalam sistem pendidikan kita? Tidakkah ruh iman berjaya diserap dalam kehidupan seharian pelajar2 Jamiah ini?

Kebarangkalian, dengan kematian Nur ini, pihak atasan universiti akan mengadakan satu perbincangan untuk menilai kembali tahap pembelajaran dan pendidikan di universiti ini. 

Cukupkah hanya dengan melahirkan graduan yang berilmu tanpa adab? Apakah tahap pendidikan/ silibus pembelajaran di universiti ini mampu melahirkan pelajar2 yang mampu berfikir dan bermanfaat untuk manusia seluruhnya? 

Moga2 kematian tragis yang satu ini adalah pencetus kepada beberapa perubahan oleh pihak Universiti Jamiah Al-Bayt tercinta ini, insya allah.

Berita dan gambar ketika solat ghaib arwah Nur di perkarangan bangunan Syariah. Turut dihadiri oleh Rois Jamiah / Rektor.


Lagi beritanya di sini. 

Semoga arwah Nur ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman, dan syahid kerana sedang menuntut ilmu, insya allah amin.

Alfatihah.




No comments: