Wednesday, December 11, 2013

Membaca dan berfikir.

Bismillahirrahmanirrahim.
Moga sahabat2 pembaca saya dalam keadaan sihat sejahtera. Saya doakan.



Hari ini, ada kelas bersama Dr Amir Hafi lagi. Dr madah Mazahib Aqdiah saya. Dr yang saya suka belajar dengan beliau. Sebabnya, beliau mengajar para pelajarnya dengan cara mengajak berfikir melalui persoalan2 yang beliau timbulkan. Tapi saya terkilan dengan penguasaan Bahasa Arab saya yang masih biasa, banyak maklumat2 penting yang saya terlepas. Akan dipertingkatkan.

Hari ini lagi, saya masih ke bilik Dr. Cuba mencari ruang bertanyakan soalan, sementara  Dr masih berada di Jamiah ini, untuk saya kutip ilmu2 dari Dr yang banyak pengalaman ini.

Saya bertanya Dr, apa pandangan Dr jika saya membaca/talaqqi kitab bertajuk BahjatunNazor. Saya kira penulisnya / aliran ini antara yang sensetif jugalah.

Dr  menjawab; 'saya tak boleh nak kata pada awak, jangan membaca. Kerana ini bertentangan dengan apa yang Islam ajar. Islam berkata bacalah.

Firman Allah Ta'ala :
اقرأ باسم ربك الذي خلق
Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk) (Al-Alaq: 1)

Tambah Dr lagi, "Tapi, kita membaca bukan sekadar membaca, kita membaca kita kena memahami. Timbulkan persoalan2 semasa membaca tu."

Dr kata lagi, 'sepertimana peristiwa yang berlaku kepada Nabi Ibrahim. Apabila dia persoalkan apakah bintang, bulan, matahari tuhanku. Nabi Ibrahim berfikir dan bertanya pada dirinya. Apakah semua ini tuhanku? Itu dalam bab aqidah.

Banyak lagi kisah2 dalam Al-quran yang mengajak kita umat Islam berfikir menggunakan akal. Dan berapa banyak umat manusia dahulu yang binasa kerana tidak berfikir dan binasa dalam ego mereka. Moga Allah lindungi kita semua.

'Dr berkata lagi, 'manusia ini bukan seperti gelas, yang hanya diisi...isi dan terus isi. Bukan kita bukan seperti itu. Kita nih lain dari benda lain, sebab kita ada akal.' Begitu perumpamaan yang Dr berikan.

Masa saya baca buku "ظاهرة الشك بين الغزالي وديكارت" , adalah tulisan Dr Muhd Hasan penulis buku ini, tapi saya tak ingat ia kata2 2 tokoh besar ini atau kata2 Dr, bahawa "syak itu boleh membawa kepada keyakinan yang benar."

Saya petik kata2 Imam Ghazali,

"فمن لم يشك لم ينظر, ومن لم ينظر لم يبصر, ومن لم يبصر بقي في العمى والضلال"
Siapa yang tiada syak, tidak akan memerhati. Siapa yang tidak memerhati tidak akan nampak. sesiapa yang tidak nampak makan kekallah dalam buta dan sesat.

Alhamdulillah, Dr kata, bila2 kita buat 'talk'/dialog untuk buku awak tu. Sebab Dr pun ada pandangan tersendiri, Haa...apa tu Dr. Kalau ikutkan saya nak suruh Dr tengok ja buku tu, tapi Dr bagi saranan 'awak baca buku tu, ambil point yang kita nak bincang'. Insya allah. Moga ini membawa kepada kebaikan.

Sahabat2 pembaca saya sekaliannya, saya cuba tingkatkan pembacaan saya, slow2 kepada pembacaan yang berat dan santai.Tujuannya hanya untuk mengetahui ilmu yang ada dalam buku tersebut, tetap belajar agar berada dalam jalan yang Allah redhai hinggalah akhir kematian saya. Saya penuntut ilmu. Kita semua berdoa agar sentiasa berada dalam jalan yang lurus bukan.

Kadang2 tu takut jugak bila membaca nih, sebab tu kita mengaji ilmu dengan cara bertalaqqi. Agar apa yang penulis/ ulama sampaikan atau tulis dapat kita terima sepertimana kefahaman ulama tu sendiri. Bukan kefahaman kita.

Bila bercakap tentang khilaf2 sesama manusia ni, rasa nak menangis pun ada. Bukan apa, mesti setiap orang mengharapkan diri mereka berada dalam redha Allah, berada di jalan yang lurus. Melainkan orang yang niat mereka bukan untuk mencari kebenaran bahkan saling salah menyalahkan, itu lain kira lah.Moga mereka diberi hidayah oleh Allah.

 Semoga kita semua dalam pimpinan Allah hinggalah sampainya kematian kita, amin.

Doakan saya, kita semua agar tak sesat dalam pembacaan kita, amin. Bertanyalah dan rujuklah pada yang lebih arif, ok.

Selalulah kita berdoa,moga2 kita semua berada dalam pimpinan Allah dan diselamatkan Allah, insya allah.

Selamat membaca dan berfikir. ^_^

1 comment:

Aiman Phoenix said...

Teringat pesanan Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam,

"Sekurang-kurangnya,sehari luangkan masa untuk membaca karya al-Ghazali selama sejam."

Syaikh Hamza Yusuf Hanson juga menggesa generasi masakini untuk kembali kepada al-Ghazali, bukan menjadi seorang lagi al-Ghazali, tetapi kembali kepada cara pemikiran beliau terhadap Islam.

Dalam al-Munqidz min ad-Dolaal, catatan Imam al-Ghazali mengenai perjalanan hidup beliau, saya terkesan apabila dia menulis, "Aku tidak akan menolak suatu ideologi/pemikiran sehinggalah aku benar-benar telah menguasai segenap cabang pemikiran tersebut, sehingga aku menjadi ahli dalam ideologi/pemikiran itu, dan boleh melihat mana kelebihan serta keburukannya." Lebih kurang terjemahan yang saya ingat-ingat lupa.

Itulah yang telah dilakukan beliau terhadap Syi'ah Bathiniyyah, aliran falsafah Yunani yang dibawa Ibn Sina, golongan ahli kalam yang sibuk berdebat dan juga golongan yang mengaku "sufi" (sufi palsu).

Seingat saya terhadap perbincangan ilmiah dengan sepupu (ambil Usuluddin & Falasifah), kemuncak syak/ragu al-Ghazali membawa kepada membenarkan Tuhan, akan tetapi syak/ragu Descartes mula-mula lagi sudah mempersoalkan akan kebenaran Tuhan.

Sekadar rehlah ilmiah untuk menggali kembali maklumat2 lampau.

Nanti saudari Athirah kongsi-lah pandangan Dr. Muhd Hasan akan perbezaan syak al-Ghazali dan Descartes. Saya juga masih tertanya-tanya.