Thursday, December 5, 2013

Pemikiran.Manusia.

Bismillah.
Hari yang ceria, segar dan sejuk. ^_^

Saya seronok hari nih. 
Sebelum jumpa Doktor 'Amir Hafi untuk hantar bahas Mazahib Aqdiah, dah bermain2 dalam fikiran untuk pinjam buku dari Doktor, sebagai tambahan bahan bacaan penuntut ilmu. Bacaan2 yang boleh membantu bina kefahaman fikiran saya dengan baik. 


- DOKTOR 
- SAYA

Dah selesai hantar bahas tu, Dr tengok nama saya, عاطيرة.

'min 'utur aa..ismuki' (masdar/ akar nama saya 'UTUR, yang bermakna minyak wangi)

Dr sambung lagi, disebabkan nama awak 'utur, ambil nih. (sambil Dr menghulurkan gula2 manisan atas mejanya kepada saya) Ada 2 warna. Biru dan pink. Saya pilih warna pink. ^_^

دوقتور, هل عندك كتاب ؟ اريد أن أقرأ حتى تصبح أفكار جيدا .
(Dr, Dr ada tak buku? Saya nak baca,supaya dapat bentuk/bina pemikiran yang baik.)

Ha..aa, maujud. (sambil Dr berjalan menuju ke rak beliau.)

Hayy (ini dia kata Dr. sambil menghulurkan pada saya)
Buku nih awak ambil terus. Saya bagi pada awak.



Mumtazah li Master anti. (lebih kurang begini ayatnya) (Awak baca nih, dan awak akan dapat buat Master dengan baik)

Gembira gila hati aku. blink2.. alhamdulillah, semoga bermanfaat.

Sebenarnya, saya ada perancangan untuk sambung pelajaran di Turki dalam bidang Pemikiran Islam. Saya mula berminat dalam bidang2 pemikiran ini. Kerana saya merasakan, umat Islam kita sekarang kurang pemikiran yang baik, yang kritis, yang mampu memberi idea2 bernas dan rasional.

Doakan saya kawan2. Moga kita semua berjaya dunia akhirat.







4 comments:

Aiman Phoenix said...

Bukankah itu gambar Rene Descartes?

Adakah tajuk itu bermaksud,

"Teori keraguan: Antara al-Ghazali dan Descartes" ?

Beruntungnya sidti kerana fasih Bahasa Arab. Saya masih bertatih-tatih lagi, itupun dengan Bahasa Arab komunikasi yang diajar di kampus.

Bahasa Melayu kita (Malaysia) masih tak cukup kuat untuk menampung konsep2 falsafah. Penjelasan suatu konsep akan menjadi berjela-jela. Teringat kata2 Syaikh Husni Ginting, "Bahasa kita miskin."

Saya bergantung harap kepada bahasa Inggeris untuk mendapatkan santapan minda. Kosa-kata nya (jargon) cukup banyak untuk menampung konsep2 falsafah.

Akan tetapi Bahasa Arab lebih kukuh. Bahkan kerumitan dan kestabilannya tidak dapat ditandingi oleh bahasa ilmu yang lain seperti Bahasa Perancis & juga Bahasa Jerman.

Saya ber-cita2 ingin membaca karya2 Imam al-Ghazali turath Islami dalam Bahasa Arab, suatu hari nanti. Biiznillah.

Mungkin sidti ada perkongsian dan saranan yang sesuai untuk mengukuhkan kemahiran membaca bahasa Arab, khususnya untuk pemula seperti saya?

AthirahJinal, said...

Ya, benar tu. Saya pun baru berjinak2 untuk membaca bahan2 seperti ini. alhamdulilah.

Insya allah saudara aiman, saudara boleh melakukannya.
Sebenarnya tahap bahasa arab saya pun masih biasa2 juga, namun disebabkan keinginan yang kuat dan minat yang tinggi untuk mengetahui kandungan buku ini, maka pensel dan kamus menjadi sahabat saya. :)

Sebenarnya, ini merupakan salah satu kesinambungan juga Aiman, saudara mahir berbahasa Inggeris. Dan saya tahu begitu banyak pembacaan2 dalam bahasa Inggeris yang sangat bermanfaat namun tidak semua mampu dan mahu membacanya melainkan mempunyai minat, usaha dan kemahuan yang kuat. Saya kira saudara aiman seorang yang beruntung dengan kemampuqn memgusaia bahasa inggeris dengan baik. Teruskan pembacaan, teruskan usaha saudara. Saya menyokong ! Saya sendiri mahu seimbangkan penguasaan bahasa arab dan inggeris.

Benar, bahasa arab merupakan bahasa yang terbaik. Kerana itu ada saja orang non muslim yang mempelajari bahasa arab. Dalam bahasa arab, satu kalimah tu pun dah boleh mencapai hingga 10 maksud atau lebih. Hebatnya bahasa arab kerana sumbernya adalah dari Alquran. Mukjizat agung. Moga2 kita mampu mengamalkan ajarannya, amin.

Apapun saudara Aiman, teruskan usaha saudara, jika tak boleh semua jangan tinggal semua. Kuasailah apa2 yang saudara suka, yang saudara minat dan mampu beri komitmen padanya.

Insya allah, kita belajar untuk memberi manafaat pada ummah dan redha Allah.

Moga kita semua sentiasa dalam pimpinan Allah, amin.

AthirahJinal, said...

insya allah saudara aiman, ada rezeki nanti saya akan usaha untuk menterjemah, hingga saudara pun boleh membaca karya ini. doakan kami pelajar2 di sini, amin.

insya allah, mungkin amik masa 2 fasal sepanjang tempoh pengajian saya di sini, bersama kawan2 saya juga.

Aiman Phoenix said...

Bagus usaha saudari athirah itu.

Saya menanti-nantikan juga karya2 terjemahan mengenai pemikiran.

Adapun saya cadangkan saudari untuk menterjemahkan karya2 klasik yang sukar untuk didapati terjemahannya (baik Inggeris mahupun Melayu) seperti karya2 Imam Harith al-Muhasibi, Junaid al-Baghdadi, dan sewaktu dengannya.

Ada satu buku terjemahan Arab yang saya kira bagus juga untuk saudari telaah. Tajuknya, "Kebangkitan Generasi Salahuddin al-Ayyubi dan Kembalinya al-Aqsa ke Pangkuan Islam" oleh Dr. Majid Irsan Kaylani. Sayangnya saya tak tahu tajuknya dalam Bahasa Arab.

Boleh tengok ulasan al-faqir terhadap buku tersebut di http://pustaka-phoenix.blogspot.com/2012/06/kebangkitan-generasi-salahuddin-dan.html .

Selamat menterjemah~!