Tuesday, December 17, 2013

Ruang memilih dan berfikir.

“Setelah aku keluar dari pintu menuju ke pembebabasan, aku tahu sekiranya aku masih tidak meninggalkan kekecewaan dan kebencian di belakang, aku akan masih terkurung di penjara.” (Nelson Mandela.)

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam sejuk salji dari Jordan. Saya doakan moga pembaca sekaliannya dalam rahmat Allah.

Tahukah kita di Jordan,Mesir, Turki dan negara2 yang sedang turun salji sekarang?

Ya, betullah tu. Saya baca namun tak teliti habis bahawa Mesir yang merupakan negara beriklim panas pun turun salji menutupi piramid2 Fiiraun tu. Hebat2, hebatnya yang menurunkan salji ini.

Berbalik semula kepada tajuk tulisan saya pada kali ini...

Dalam kehidupan kita ini, kadang2 emosi kita terganggu lantas jiwa dan fikiran kita dipengaruhi oleh emosi tersebut. Saya kira, situasi ini, kita berada dalam keadaan tertekan dan sukar. Kerana apa? Kerana ketika ini kita perlu membuat pilihan yang tepat samada mengikut emosi ataupun bertindak dengan rasional.

Semasa saya belajar subjek Feqh di STAM tingkatan 6, antara keadaan hakim takboleh baginya menjatuhkan hukuman adalah

1. sejuk
2.panas
3.menahan buang air.

ini ja yang saya ingat, yang lain saya kena rujuk buku Feqh Tingkatan 6 STAM semula.

Saya kongsikan apa yang saya buat pada sahabat2 saya yang kadang2 berkongsi masalah dengan saya, dan ada keperluan2 yang dia tanya kita. Sahabat pembaca boleh cuba amalkan.

Alhamdulillah, kurnia dari Allah.

1. Seringkali, saya akan mengajak sahabat saya berfikir, adakah benda itu mejadi satu keperluan atau kehendak pada dirinya. Semasa ini saya memberi ruang berfikir padanya, bukan saya yang membuat pilihan, agar dia berpuas hati dan tak menyalahkan sesiapa atas keputusan yang dia sendiri buat, Tapi kita akan guide dia jugak la.

2. Boleh juga dimulakan dengan, 'ada apa2 yang mengganggu emosi atau fikiran ka?'. Semasa nih kita memberi dia peluang untuk menceritakan masalah atau apa saja yang dipendam yang dia rasa tiada orang yang mahu mendengar. Orang ini, kadang2 dia bukanlah mahu masalahnya diselesaikan tapi cukuplah ada yang mampu menjadi pendengar yang baik. Selepas dia habis bercerita, insya allah emosinya sedikit demi sedikit akan berubah normal dan mampu berfikir dengan baik tanpa dipengaruhi emosi.

Bagi saya apa yang paling penting, adalah kita sebagai sahabat2 yang dia percaya,memberi dia ruang untuk berfikir dan membuat pilihan sendiri. Bukan mengasak2 dia dan meyokong sesuatu pilhan yang dia buat tanpa membuat penelitian dulu. Ini menyebabkan, kita turut meyumbang sekali dalam ketidakseimbangan emosi kawan kita itu.

Jadilah kita sahabat yang baik untuk dia, pendengar yang baik dan gunakan penyelesaian yang baik. Insya Allah.

3. Dan akhir sekali, setelah dia berfikir dan membuat pilihan, hormati dan sokonglah pilihannnya itu kerana itulah apa yang akan dia hadapi di hari akan datangnya. 

'Apapun keputusan kamu, saya hormati dan memberi sokongan penuh. Moga2 pilihan ini memberi kebaikan pada diri kamu, agama dan akhirat kamu, insya allah'. 

Doakan dia di akhir perbincangan,moga2 itulah keputusan yang terbaik.

Alhamdulillah, apa yang saya buat ini adalah hasil pengalaman sepanjang beberapa tahun kehidupan saya, mualamah saya dengan orang atas bumi ini, memerhati pengalaman orang, belajar dari kesilapan dan banyak benda lagi yang perlu saya pelajari dalam kehidupan ini. Yang utamanya, pimpinan Allah jualah.

Kehidupan di dunia adalah ladang kita menuai untuk mengutip hasilnya di akhirat kelak. Jadi, pilih dan buatlah sesuatu perkara yang kita yakini baik dan mampu memberi manfaat untuk masyarakat di dunia dan keuntungan di akhirat kelak,insya allah.

Moga kita semua sentiasa dalam pimpinan Allah, moga kita semua berjaya dunia dan akhirat, amin.

Nota: Rasa nak belajar kaunseling dan Psikologi pulak dah. Seronok rasanya. :)






No comments: