Friday, December 6, 2013

Selamat Pulang ke tanah air.

Bismillah.
Allahumma solli 'ala saidina muhammad wa aaali muhammad.
Salam jumaat barakah, moga2 kita semua sentiasa dalam rahmat dan pimpinan Allah.

Sahabat2 pembaca, saya doakan moga kita semua terus sihat dalam mengamalkan ajaran Islam kita. Hari ini, malam ini Us Shahrul Ifwat, bersama isteri dan anaknya Kak Syahirah a.ka. Che Ah dan Mukhlis , akan berangkat pulang ke Malaysia, setelah selesai menghabiskan pengajian Master mereka di sini, seterusnya menyambung khidmat bakti mereka di Malaysia.

Di Mafraq ini, saya suka bila mendengar pengisian2 yang disampaikan oleh Us Shahrul Ifwat. Kerana dalam penyampaiannya, beliau bukan sahaja memberi penerangan bahkan suka sekali mengajak kami berfikir tentang sesuatu perkara. 

Berpegang pada prinsip beliau dalam mengaji agama ini iaitu, 

"Prinsip saya dlm belajar agama adalah utk membuktikan "Apa sebab manusia perlukan agama? seperti mana manusia perlukan doktor atau askar yang menjaga nyawa mereka, adakah agamawan juga diperlukan mereka?" (ini saya copy dari status Us sendiri.)

Us mengaji ada tujuannya, Beliau ada matlamat yang jelas untuk beliau capai. Bukan hanya ikut2an mahupun tiada punca. Dan saya yakin, kini beliau sudah mampu menjawab prinsip yang beliau timbulkan dalam bentuk persoalan itu, juga melalui perjalanan2 yang akan beliau hadapi pada masa akan datang. Saya ucapkan selamat maju jaya kepada Us dan Kak Syahirah.

Bukankah manusia juga belajar melalui pengalaman2 dalam hidupnya?

Pada peringkat Master pula, Us membuat thesis di bawah isu2 Perubatan Moden. Saya kira sikit sekali pelajar Syariah yang mengambil penekanan akan isu ini. Bolehkah kalau saya buat penilaian iaitu kerana bidang agama hanya tertumpu pada pengajian Islam sahaja (pada fikiran kita) dan sepatutnya doktorlah yang kena kaji lebih, ini bidang mereka. Disamping juga, istilah2 perubatan dalam Bahasa Arab yang agak sukar. Saya tak tahu sebab saya tak pernah ambil. Ini hanya perkiraan saya sahaja, yang mana mungkin 50% pun tak sampai pada benarnya. 

Apapun Us sudah membuktikan kemampuan beliau dalam kajian isu2 perubatan moden ini.

Saya ingat lagi di satu sesi program Kalam. Us bercerita tentang seorang doktor yang menceburkan diri dalam bidang Syariah. Dan kesannya Dr tersebut memberi sumbangan yang besar pada dunia perubatan selari dengan Syariah. Saya tak ingat nama Dotor tersebut kerana saya duduk mendengar dan melengu sahaja.

Saya tulis contoh yang Us bagi. Dalam isu bolehkah susu ibu dicampur dalam satu bekas besar, sebagai tabungan yang akan diberikan pada anak2 kecil dimana ibunya tiada susu ataupun masalah2 lain. Ini persoalannya. Ada yang kata boleh dan sebagainya.

Lalu,Doktor tersebut yang juga mempelajari bidang Syariah ini, mengatakan tidak boleh atas beberapa faktor. Antaranya:

1. Susu ibu bila dicampurkan khasiatnya akan jadi lain. Tak sama.
2. Boleh menyebabkan kuman atau penyakit2 akibat bakteria pada bayi tersebut.
3. Dari sudut anak susuan, tidak dapat megetahui bayi ini anak susuan kepada siapa, siapa ibu susuannya, sapa saudara2 yang tak boleh dikahwininya. Dan ini boleh menimbulkan masalah dalam perkahwinan islam itu sendiri. 

*Betulkan saya jika saya silap.

Saya kagum dengan penerangan ini semua.

Baru2 ini, semasa perkongsian terakhir Us bersama pelajar Mafraq di dini, Us ada cakap, bahawa hospital2 di Malaysia tidak ada pun ustaz/ah yang boleh menjadi  pakar rujuk syariah dalam bidang perubatan oleh Doktor2 kita di Malaysia. Ini mengetuk minda kita untuk fikir dan renung bersama.

Hilang permata di Mafraq ini, moga2 kita semua akan menjadi berlian dan mengikuti jejak langkah Us dan Kak Syahirah dalam kejuhudan mereka menuntut ilmu dan kejayaan mereka dalam thesis Master mereka.

Tajuk thesis merek:

1.Us Shahrul Ifwat : قاعد اعتبار المآلات وتطبيقاتها في قضايا طبية معاصرة (Isu2 berkaitan perubatan moden)
2. Kak Syahirah : النظر في مآلات الأفعال في التعامل مع الإنترنت (Isu2 yang berkaitan penggunaan media2 sosial)

Saya kira sampai sini dulu tulisan saya. Saya ucapkan selamat maju jaya dan tahniah kepada Us Shahrul Ifwat dan Kak Syahirah. Kita yang masih belajar nih, tumpukan dan kuasailah bidang kita. Ushlah yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran pula.

Untuk Facebook Us bagi siapa2 yang ingin mendapatkan khidmat beliau, Us Shahrul Ifwat sekembalinya beliau di Malaysia nanti.

Laman blog beliau, BAYU TIMUR.



(Us dan keluarga)


Maaf salah silap, betulkan saya kalau ada salah.
Moga kita semua berjaya dunia akhirat, amin.

No comments: