Thursday, December 19, 2013

Wujudkah Allah.

Bismillahirrahmanirrahim.

Di Jordan, matahari sudah mula menampakkan dirinya. Setelah lebih kurang dalam masa seminggu, mendung dan gerimis hujan membasahi bumi para anbiya' ini.

Alhamdulillah, Allah yang Maha Hebat masih memberi ruang dan peluang kepada kita untuk beramal dan memberi manfaat pada makhluknya yang lain.

Izinkan saya menimbulkan persoalan2 dalam tulisan saya kali ini.

Benarkah Allah wujud ?

Sebagai orang islam yang meyakini dan mengamalkan ajaran Islam, saya yakin dan percaya bahawa Allah adalah pencipta saya. Dialah yang Maha Hebat, Maha Pencipta, Maha mengatur segala isi alam.

Percayakah kita?
Mari sambung baca.

Dalam surah Ibrahim, ayat 10 yang berbunyi :



Maksudnya : Rasul-rasul mereka bertanya: "Patutkah berlakunya sebarang keraguan tentang wujudnya Allah, yang menciptakan langit dan bumi? Ia menyeru kamu beriman kerana hendak membersih dan melepaskan kamu dari dosa-dosa kamu, dan memberi tempoh kepada kamu hingga ke suatu masa yang tertentu.

Saya membaca tafsir ayat ini untuk tahu lebih lanjut penerangannya. Antaranya tafsir حومد, tafsir Baghwi, tafsir Sya'rawi, tafsir Qurtubi dan tafsir Ibnu 'Asyur.

Ayat ini ditujukan kepada orang2 kafir yang mendustakan adanya Allah, sebagai Tuhan yang menciptakan alam ini. Dalam ayat ini yang berbunyi, 

أفي الله شك = patutkah berlaku keraguan akan wujudnya Allah.

Dijelaskan dalam tafsir Ibnu 'Asyur, persoalan yang timbul ini, ia merupakan استفهام انكاري . (Pertanyaan untuk engkar), bahawa jawapannya, tiada syak dalam kewujudan Allah.

فاطر السماوات والأرض = penciptaan langit dan bumi.

Dalam tafsir سيد طنطاوي , ia dimaksudkan dengan segala penciptaan yang ada di  langit dan bumi. Tidak ada satu apapun yang mampu mencipta sepertimana yang Allah ciptakan, yang kita lihat dan duduk sekarang ini.

Kita lihat surah غافر ayat 57.



Tanyakan pada diri kita, adakah Allah itu ada . Berdasarkan penjelasan ayat Alquran dan pengamatan kita akan alam ini.

Sahabat2 pembaca saya, dalam kelas Ulum Alquran yang diajar oleh Dr Ziyad, Dr berkata pada kami,

لا تقراء الى القرأن دون ينظر الى الكون 
(Jangan membaca Alquran, tanpa memperhatikan alam/kejadian)

Kata Dr lagi, kedua ini iaitu ayat Alquran dan alam saling berkait rapat. Dalam Alquran, banyak ayat2 yang menyentuh tentang alam ciptaan Allah.  Tinggal kita memperhatikan dan menelitinya.

.افلا يتدبرون
.افلا يتفكرون

Mari kita sentuh tentang matahari. Matahari yang besar, memancarkan haba kepada makhluk Allah. Setiap hari, setiap bulan, setiap tahun. Kita tidak pernah lagi merungut akan matahari yang keluar lambat, bukan pada waktunya. Kita tidak mempersoalkan saat matahari terbenam lalu malam menjelma. 

Ia sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan kita. Sudah teratur pusingannya. 

Dalam Alquran surah Yaasin ayat 38, Allah berfirman, 



Surah Yaasin ayat 40.

Ini satu contoh yang saya berikan. Sesungguhnya, banyak lagi ciptaan2 di bumi ini yang perlu kita kaitkan apabila kita membaca Alquran. Moga2 kita menjadi hambaNya yang berfikir.

Mari kita menggunakan pula akal ini, logikkah adanya perlakuan tanpa ada pelakunya. Bolehkah akal kita menerima adanya tulisan tanpa ada orang yang menulisnya. Bolehkah akal kita mengiyakan akan siapnya sehelai baju tanpa ada yang menjahitnya.

Tidak ! Bahkan mesti ada pelakunya. Jika perkara kecil ini juga memerlukan pelaku/pembuat, apatah lagi alam yang luas dan rumit ini pastinya memerlukan penciptanya sendiri. Yang hebat dan gagah, lagi berkuasa.

Sudahkah kita menjawab soalan yang saya timbulkan di atas. Masihkah kita syak akan kewujudan Allah.

Cukuplah alam ini menjadi bukti bahawasanya ada suatu kuasa besar yang Maha Hebat telah mencipta, mengurus dan mentadbir alam ini dengan begitu baik dan teratur sekali.

Saya menimbulkan persoalan2 ini, agar kita dapat berfikir semula dan yakin. Keyakinan dapat menimbulkan ketenangan jiwa dan kepercayaan.

Pasakkan keyakinan dalam jiwa kita. Moga2 kita menjadi hambaNya yang berfikir . Insya allah.

Sebagai penutup, saya kongsikan surah Aali Imran ayat 190-191.


(dari www.surah.my)


Ya Allah, limpahkan taufiq dan hidayahMu kepada kami semua, amin.



No comments: