Thursday, January 2, 2014

Besarnya Doa.

Bismillah.Alhamdulillah. 
Syukur kepada Allah atas nikmat Iman dan Islam ini.

Kita kini, sudah memasuki tahun 2014.

Di Malaysia, pasti sangat merasai pertukaran tahun ini. Kerana di hujung tahun bercuti dan awal bulan Januari memulakan persekolahan. Ibubapa menghantar anak2 ke sekolah, dengan pakaian baru, serba baru. Namun saya merasakan ibubapa kini sudah mula jimat dan bijak dalam berbelanja. Disebabkan barang2 asasi, taraf elektrik dan petrol NAIK. UP..UP...

Manakala suasana di Jordan, saya sendiri tidak merasakan sangat perubahan tahun itu. Pertukaran umur apatah lagi. Hanya bila kawan2 mengusik bahawa umur sudah naik ke angka 21, barulah senyum sumbing masing2. 

Baiklah, disini saya suka untuk berkongsi dengan pembaca sekalian satu kisah. Yang berlaku dalam 2,3 tahun yang lepas. 

3 Tahun Lepas.

Alkisahnya, sepupu2 perempuan saya ada yang masih belum bertudung, menutup aurat. Dan saya semasa itu, tidak tahu bagaimana untuk menegur , dan bercakap dengan mereka tentang hal ini. Dan alhamdulillah, Allah bantu saya, dengan mendoakan mereka. Dalam doa, saya menyebut nama mereka. Moga2 Allah beri hidayah pada mereka untuk bertudung dan menutup aurat dengan sempurna. Begitu juga emak2 saudara saya. 

Alhamdulillah, Allah memperkenankan doa. Dan kini, kebanyakan sepupu2 perempuan saya memakai tudung, dan saya berdoa agar kami masing2 akan menutup aurat dengan sempurna. Kerana itu adalah perintah Allah, dan setiap perkara kita buat yang Allah suka, Allah pasti membalas kita dengan kebaikan.`

Saya pernah membaca tulisan saudara Hilal Asyraf, dalam sedutan tulisannya beliau pernah menulis, bahawa kadang2 bukan doa kita yang dimakbulkan, namun doa orang lain yang Allah makbulkan. Wallahu'alam.

Apapun, kita perlu dan mesti berusaha walau dengan apa cara sekalipun, seperti kata Ustaz Ebit Lew - Ya Allah jadikanlah kami asbab kepada hidayahMu.

Di Jordan ini pula, kerapkali saya  bertembung dengan wanita yang tidak bertudung. Ya di Jordan pun ada juga penganut bukan Islam. Sebelum saya menjejakkan kaki di sini, saya membayangkan semuanya orang Islam, baik2 belaka. Setiap kali bertembung dengan mereka, saya berdoa dalam hati memohon Allah agar memberi petunjuk dan hidayah kepada mereka semua. 

Semua ini dengan pimpinan Allah jualah.

Sesungguhnya doa itu adalah senjata orang mukmin.


Rasulullah s.a.w bersabda dalam hadits dari shahabiyah Ummud Darda`radhiyallahu ‘anha :

“Doa seorang muslim kepada saudaranya secara rahsia dan tidak hadir di hadapannya adalah sangat dikabulkan. Di sisinya ada seorang malaikat yang ditunjuk oleh Allah. Setiap kali ia berdoa untuk saudaranya dengan kebaikan, malaikat tersebut berkata (kepadanya):

“Ya Allah, 
kabulkanlah, dan (semoga) bagimu juga (mendapatkan balasan) yang semisalnya.”
(HR. Muslim)

Setakat ini tulisan saya kali ini, moga kita semua diberi taufiq dan hidayah oleh Allah, amin.
Doakan saya. 

No comments: