Thursday, January 2, 2014

Kawan.

Bismillahirrahmanirrahim.

Saya doakan moga pembaca sekaliannya dalam rahmat Ilahi.

Dalam 2 minggu lepas hingga 9hb 1 akan datang, merupakan waktu genting bagi mahasiswa Universiti Al-Bayt. Sekarang, kami sedang menduduki peperiksaan akhir bagi semestar pertama ini. Ada adik2 yang baru memulakan kuliah, ada juga senior2 yang semestar ini, merupakan akhir pengajian mereka seterusnya akan menyambung bakti di Malaysia. Dan saya pula, 4hb 1 ini,merupakan madah terakhir saya, iaitu Mazahib Aqdiah.

Baiklah sahabat2 pembaca sekalian, disebabkan saya kini mengaji di Jordan, banyaklah hal2 berkisar Jordan yang saya lakarkan di sini.

Suka untuk saya mencoret di sini, tentang hubungan sesama kawan2, kerana di sini, kawanlah peneman suka dan duka. Bermasam muka, ketawa, mengaji bersama, memasak dan banyak lagi.

Kami di sini, bukan semua mendapat bantuan zakat dari negeri masing2, dan jika ada, jumlah zakat yang didapati juga berbeza. Contohnya saya negeri Perak, Rm 8,000. Manakala kawan saya dari Kelantan, dalam Rm 2,000-2,5000 lebih kurang. Alhamdulillah.

Apa yang saya harapkan, keberkatan dalam duit ini. Kalau contoh dalam masa saya, suka saya memohon kepada Allah agar memberkati masa saya, agar cukup dan mampu digunakan dalam menghasilkan sesuatu yang bermanfaat.

Kadang2 kami membeli makanan/ selalu dipanggil cikedis. Makanan2 ringan buat menguyah semasa belajar, disamping dihidangkan kepada rakan2 yang datang berkunjung ke rumah. Dengan kawan saya ini, saya jarang meminta darinya, walaupun kami sering berbagi2 dan bertukar2 makanan ini, namun disebabkan saya mengetahui jumlah zakat yang diterimanya sikit dan kesusahan ibubapanya dalam menghulurkan duit. Itulah yang membuatkan saya jarang meminta padanya. Membayangkan kegembiraan dia makan, cukuplah membuat saya rasa bahagia.

Selain itu juga, tidak lupa juga mendoakan kebahagiaan sahabat2 saya, ahli rumah saya khususnya. Agar kami semua dirahmati Allah. Dikurniakan keberkatan usia dan masa lapang.

Itulah antara sedikit coretan dibalik minggu exam ini. Saya ni jenis kena lari kejap, buat benda  lain sebentar, buat hilang stres orang kata. Dan kemudian menyambung kembali pembacaan/pengajian untuk mendapatkan fokus.

Dalam pembacaan saya mahupun sebelumnya, saya berdoa kepada Allah, moga2 pembacaan dan hafalan ini memberi kefahaman dan manfaat yang besar kepada saya. Insya allah.

Doakan saya.

No comments: