Sunday, April 6, 2014

Subjek Tayaarat Fikriah 1.

Salam semua pembaca. Saya doakan semoga semua dalam keadaan ceria dan diluaskan rezeki oleh Allah Taala. 

Di Jordan ini, saya ada mengambil satu subjek. Namanya 'Tayaarat Fikriah'. Dalam Bahasa Inggerisnya, Modern Intellectual Trends.


(Keep Searching and Moving)


Jujur, saya sangat menyukai subjek ini. Subjek ini hanya akan diambil oleh pelajar dalam bidang Usuluddin. Pelajar jurusan Fiqh waUsuluh mereka tak ambil.

Setakat ini, antara yang saya sudah belajar adalah tentang Sekular, Liberal, Theocracy, Kebebasan dan Politik Islam. 

Dr yang mengajar, Dr Syarifain mempunyai ilmu yang luas, dan tenang semasa mengajar. Apabila berhadapan dengan pelajar2 yang memberi pendapat yang bertentangan dengan apa yang Dr cakap, Dr diam dan mendengar apa yang disampaikan dengan baik. Kemudiannya bila selesai, Dr menerangkan kepada kami semua cara berfikir yang betul.

Saya suka Dr yang berusaha mengajak kami berfikir dengan betul.

Subjek ini merupakan permulaan asas kepada kami untuk melangkah dan belajar lebih jauh lagi. Untuk mengkaji lebih jauh lagi, inilah subjeknya yang boleh diambil sebagai permulaan.

Antara pesanan Dr kepada kami, 'dalam kita nak memahami sesuatu istilah, kita perlu ambil dari pemilknya sendiri.' 

Saya bagi contoh di sini; 

'Theocracy' berasal dari perkataan Yunani. Bermakna 'حكومة دينية' .
'Theo' bermaksud 'agama' manakala 'Cracy' bermakna 'hukum'. Begitulah.

Apabila kita mengambil pengertian dari pemiliknya, kita memberi gambaran yang sebenar apa yang dia ingin sampaikan. 

Manakala, kata2 kita pula hanya merupakan kritikan dan pandangan peribadi saja untuk dimanfaatkan oleh si pemiliknya itu.

Banyak lagi pencerahan2 yang Dr sampaikan. Saya akan menulis kesimpulan dari apa yang saya dapat dalam kelas untuk kongsi dengan pembaca sekaliannya.

Saya sambung tulis kemudian. Doakan saya dan sahabat2 disini.

No comments: