Thursday, May 15, 2014

Karna Mati Itu Pasti.


















Lewat beberapa hari,
beberapa minggu ini,
aku banyak dengar berita kemalangan,
berita kematian,
macam2 difikiranku,
bagaimanana pula penghabisanku.

Sebenarnya kan,
memang kita perlu bimbang,
akan akhir kematian kita,
namun ketahuilah bahawa mati ini 
satu benda yang pasti,

manakala dalam hidup ini,
kita masih mampu untuk membuat pilihan,
antara dua,
melakukan baik atau jahat,
perkara yang bisa menghantar kita,
ke neraka atau syurga.

Mati ini pasti,
maka berjuanglah kita, 
untuk penghabisan hidup yang baik,

Malah lebih dari itu,
Allah menghadiahkan kita,
umat Islam akan doa2 khusus,
samada yang disebut dalam Alquran,
mahupun yang diajar Rasulullah (berselawatlah !)

"Ya Allah sempurnakanlah kematian kami 
dalam husnul khotimah, 
dan kami berlindung padaMu dari su' khotimah"

Supaya apa?
Supayanya kita sentiasa dibimbing, 
dengan doa yang kita lafazkan,
Supaya kita sentiasa dipelihara dari tipu daya
iblis dan syaitan,

walaupun kadang2 kita jatuh,
jangan bimbang,
memanglah ia akan berlaku,
sebab kita manusia,

bergembiralah juga walau kau lihat,
orang disekililingmu sentiasa bernasib baik,
syukurlah juga pada Allah,

sebab apa?
sebab kadang kita terlepas pandang,
sesuatu benda,
ada satu waktu,
kita rasa dukacita dalam hati,
kerana kejadian yang menimpa,

Sedangkan dalam situasi lain,
Allah telah beri pada kita,
ahli rumah yang baik,
tempat tinggal yang selesa,
Allah sudah letakkan kita di kedudukan, 
yang paling sesuai dan tepat pada masanya.
tinggal kita untuk berfikir, bersabar,
dan bersangka baik pada Allah.

Mati itu pasti,
Buat baik sentiasa ada peluang dan ruang.
Buat jahat pun sentiasa ada ruang.

Selagi masih hidup,
kita fikirkan bersama apa yang aku boleh buat,
untuk hidup selepas mati,
kerana kita tidak tahu bila mati kita,
karna mati itu pasti.

Mafraq, Jordan.
14/5/2014.
10.37 pm

1 comment:

sandal hijau said...

dari Allah kita datang..
pada Allah jua kita kembali.