Tuesday, May 13, 2014

Karna Syurga Allah Luas.


















Di sekeliling aku,
ada bermacam macam orang,
bila bermacam orang,
jadilah pelbagai ragam.

Aku ada kenal dengan A,
aku tak suka perangainya sikapnya,
kelakuannya buat aku jelek,
buat aku menyampah,
cuma umiabah lebih dulu berpesan padaku,
benci sikap bukan orangnya,
maka aku sering istighfar,
karna kadang,
aku tak ikut pesan dan amanat itu.

Astaghfirullahal 'azim.

Aku ada kenal dengan B,
dia non muslim,
dia baik,
sikapnya dah macam orang Islam,
akhlaknya, budinya, tuturnya,
sayangnya...
dia masih belum Islam,
aku kesal,
asbab aku sendiri belum ceritakan dia tentang Islam,
aku tak pernah tanya dia,
"kau nak tahu pasal Islam?"
aku belum tanya itu,
huhu...

Hakikatnya,
syurga Allah itu luas,
neraka pun, 
Allah berkuasa buat begitu,
apakata,
seseorang yang sikapnya, agamanya,
nampak seperti neraka tempatnya,
selamatkanlah dia dulu,
tariklah dia dulu,
sebelum dia ditarik ke neraka,
karna syurga Allah itu luas.

Sayangi umat seluruhnya,
tolong mereka.
doakan paling kurang,
jika tak mampu menghadapi,

"Wahai Allah yang Maha Baik,
kurnialah taufiq dan hidayahMu kepada dia,
aku mahu ke syurga bersamanya dan semua
hatta tiada lagi yang ke neraka,
Amin3!"

Mafraq Jordan.
12/5/2014.
09.04 pm.

1 comment:

sandal hijau said...

amin..
hidayah milik Allah, huhu.