Sunday, May 11, 2014

Serius.

Hari nih exam Tilawah 2 Final.
Serius. 
Ini antara madah yang paling aku takut.
Sebabnya sekali exam masuk 2juzuk.
Kali nih juzuk 27 dan 28.
Banyak..huhu
Sebenarnya kan, bila susun masa ulangkaji betul2, akan jadi mudah.
Tapi itulah, tak bijak kan.















Mengulang juzuk 27 dan 28, tapi tak semua.
Sekali lagi, takut sangat nak p exam tadi.

Pergi kelas, jumpa dengan kawan aku.
Masing2 bagitahu debaran hati masing2.
Kemudian dia bukak mulut.

'Tahu tak, ada seorang nih bagitahu kita.
Allah tu Penyayang.
Allah takkan zalimi hamba Dia.
Allah tahu, Allah nampak kita dah usaha sebaik mungkin.
Takkan Allah taknak tolong.
Sangka baik la dengan Allah.
Serahkan semua yang kita dah buat, dah usaha pada Allah.

Bila rasa takut dan selain tu, itu syaitan .
Nak buat hati kita was-was.
Supaya kita bersangka buruk dengan Allah.'

Ya kawan ! betul sangat.
Kita dah usaha yang terbaik.
Pada siapa lagi tempat bergantung jika bukan pada Allah.

Untung kita orang Islam.
Ada Allah sebagai tempat bergantung.
Yang bila kita rasa susah, takut.
Seru ja , "Ya Allah",
Sedetik itu jugak, rasa tenang dan hilang takut kita.
Rasa macam ada yang bagi ketenangan.

Oh ! Allah rupanya.

Wahai Allah yang Maha Baik.
Terima kasih.
Terima kasih kerana ingatkan kami.
Terima kasih untuk semua.

Alhamdulillah, tadi dapat jawab.
Cuma Tajwid tak boleh jawab sangat.
Sebabnya aku tak studi betul2.

Study smart untuk seterusnya.
Belajar kerana Allah.
Belajar untuk hilangkan jahil diri dan ummah.

Mafraq. Jordan.
11/5/2014
3.29 pm.

1 comment:

sandal hijau said...

amin..
beruntung adik dpt belajar tinggi, xsemua org dpt pluang mcm ni, blajar kat luar negara, dpt tngok negeri org, dpt jumpa ngn mcm2 budaya manusia, dpt btutur dn blajar bahasa lain, tahniah!