Friday, June 20, 2014

Harmoni.

Dalam 3 hari lepas, saya pergi hospital.

Siapa sakit ? Sayalah yang sakit. Tidaklah teruk. Cuma masih perlu jumpa doktor.

Masa tengah tunggu nama kena panggil, depan tempat duduk saya auntie Cina. Dan sebelah umi, auntie India. Umi sembang-sembang dengan mereka.

Dalam hati saya kata, "Wow, inilah keharmonian dan perpaduan kaum di Malaysia".

Auntie Cina 'speaking' dengan Auntie India.Mula-mula cakap Melayu dengan Umi saya. Mak saya 'speaking' dengan Auntie India. Kita tahu orang India memang hebat 'speaking'.

Kemudian, Auntie Cina tanya umi, "U kerja apa?"

Umi, "Oh, saya suri rumah."

Auntie Cina, "Your English is good aa although you're a housewife"

Auntie Cina kagum sama Umi..

1 comment:

Anonymous said...

tu mnunjukkan kmatangan brfikir..

msa muda2 tlalu bnyak prasangka.