Wednesday, June 11, 2014

Kelas Tafsir 1.

Subjek Tafsir 1 antara subjek kegemaran saya. Pengajarnya Dr Imad. Pada pandangan peribadi saya, beliau merupakan seorang yang amat berdedikasi dan bersungguh-sungguh dalam menyampaikan ilmu. 

2 madah yang saya ambil bersamanya iaitu Tafsir 1 dan Qasas Qurani menjadi kayu ukur saya.

Dr suka menekankan Balaghah yang terdapat dalam ayat Alquran. Kesannya, saya mengakui dan kagum dalam hati ketinggian Alquran ini.

Contohnya.

لعلكم تتقون 

Dalam Alquran, kalimah لعل (mudah-mudahan) adalah untuk تحقيق (dicapai/diperoleh). Dalam erti kata lain, ianya akan berlaku. Perkataan Allah kepada makhluk. Jika makhluk sesama makhluk itu bab lain. 

Semoga Allah merahmati guru kami Dr Imad. Amin.

Betulkan jika saya silap. Terima kasih.


1 comment:

ﻟﻘﻤﺎﻥ said...

huhu.