Monday, June 9, 2014

Lalu Air Melalui Alurnya.

Cerita ini sudah lama. Saya tetap mahu kongsi. Kisah tentang Prisma Club Day. Antara satu yang menjadi kenangan dan sejarah dalam hidup.


bersama Ajk Pelaksana yang supporting.

(bersama Dayang Junainah, Ketua Hewi Prisma yang disegani dan banyak membantu)



Ini semua kerja kawan2 saya. Nak pekena pun boleh jugak la saya kata. Mereka suruh saya jadi pengarah Prisma Club Day. Satu program di Jordan, penglibatannya hanya mahasiswa Universiti Al Al-Bayt, yang menganjurkan pertandingan2 antaranya debat, pidato BM dan BA, sajak, nasyid, tilawah, hafazan, pertandingan poster dan video.

Debar memang ada. Takut pun sekali. Mahunya kita kena jadi ketua pada lelaki. Semua itu bukan boleh main redah ja. Semua itu perlukan ilmu untuk kita redahnya.

Manusia bukan robot. Ada perasaan, ada jiwa yang perlu kita jaga. Kita perlu sentiasa menjaga hubungan baik dengan mereka. Oleh itu, ilmu psikologi antara ilmu yang perlu dipelajari untuk memahami diri manusia.

Lelaki dan perempuan bukan sama. Perangai, sikap lelaki dan perempuan lain. Egonya lain tingkatan. Ada yang tinggi ada yang rendah. namun tidaklah sampai memakan diri, cukuplah ianya menjaga diri.

Alhamdulillah, saya memang ikuti tulisan Puan Ainon. Seorang guru yang saya hormati. Malah dihormati oleh ramai orang kerana dirinya dan pemikirannya yang hebat.

Ikuti pagenya disini. Page Puan Ainon.

Saya ikuti tips2 yang beliau kongsi.
Bagaimana Teknik Nabi Mendorong Anak Buah.
Bagaimana Memuji Menggunakan Teknik Nabi.
Dan lain2 lagi.

Dan sebenarnya kepercayaan yang sahabat saya merangkap ketua dalam organisasi saya, itulah merupakan keyakinan dan kekuatan untuk saya terus melangkah bersama kawan2, Ajk pelaksana Prisma Club Day ini.

Senyumlah pada sahabat2 kita.
Berilah sokongan kepada mereka.
Jika mereka rasa kita mengejek abaikan sahaja.
Kita yang menjadi agen perubahan diri kita bukan orang lain.
Kita yang mendorong diri kita untuk mencapai tahap yang hebat.
Kita juga yang memuji diri kita, agar kita terus mampu berdiri kuat.

Senyumlah sekarang, pasti rasa lega.
Apa jua masalah hadapi.
Usah tinggal kerana ia akan datang kembali.

Terima kasih semua. Allah berkati usaha kalian. Allah berkati masa kalian.



Yummy..yummy ^_^. Kek ini tempah dengan Kak Afiefah. Beliau dah kahwin pun.


No comments: