Tuesday, June 3, 2014

Semua Ada Nilai.

31/5 jam 1.45 am,
aku bertolak,
menaiki flight dari Jordan,
meneruskan perjalanan ke Malaysia,

Alhamdulillah,
1/6 jam 9.00 pm,
aku tiba di Malaysia,
mengintai2 dibalik jendela kapal terbang,
ya ! aku sudah tiba di tanah airku.

Aku balik,
bukan kosong semata2,
ada benda aku nak buat
ada benda yang aku sudah niat
untuk bagi manfaat pada ummah

dalam masa yang sama
aku perlu memerhatikan
suasana di Malaysia, persekitarannya
yang perlu aku amati
ilmu yang perlu aku perkuatkan
untuk hadapi Malaysiaku ini.

Inilah realiti,
cabaran yang perlu kita berani,
untuk berdepan dengannya,

wahai anak2 muda generasi baru sekalian,
usah takut,
tetap melangkah,
dengan menambah ilmu,
di dalam jiwa,
dengan meneguhkan keyakinan,
dengan ilmu,
dengan pengalaman orang2 lama.

Mula apapun jangan lupa usaha sungguh2,
disiplin, tekun
minta pada Allah agar dia bimbing kita
apa2 saja yang kita lakukan ini,
kita mahu Dia redha,
kita mahu Dia suka apa kita buat,
kerana akhirnya Dialah yang akan menghisab kita,
pada Dia akhir kembali segala sesuatu.

Ipoh,Malaysia
3/6/2014.
2.00am

1 comment:

sandal hijau said...

amin, alhamdulillah.