Saturday, July 26, 2014

Pendidikan.

Pendidikan perlu kepada semua insan. Tanpa pendidikan, ia seperti hilangnya satu pembangunan yang penting dalam hidup. Tidak kiralah samada formal atau tidak formal, setiap insan perlu didikan yang baik, yang mampu membentuk akhlak mulia dan pandangan hidup yang luas. Maka akan lahirlah pemimpin-pemimpin yang berwibawa dan bijaksana.

Dalam pada itu, kita perlu berfikir akan dasar pendidikan itu sendiri. Dari mana kita mendapatnya ? Setelah itu, bagaimana kita menapisnya ? Dan persoalan-persoalan yang perlu kita timbulkan.

Di dalam buku 'Ke Arah Pendidikan Islam Yang Tulin karangan Syed Abul Hasan Ali An-Nadwi' yang diterbitkan oleh Pustaka Ikhwan, terjemahan oleh abdul Kader Kahar, ada isi-isi penting yang perlu diambil perhatian.

Sebelum itu, siapakah Syed Abul Hasan Ali An-Nadwi ?

Beliau dilahirkan di India. Mempunyai keturunan Al-Hasan bin Ali bin Abi Thalib. Dilahirkan dari keluarga yang amat kuat beribadat, menjaga tauhid dan aqidah islam. Keluarganya juga amat tegas dalam memerangi bid'ah demi menegakkan agama Allah dan jihad fisabilillah. Pendidikannya dimulai dibawah asuhan ibu kandungnya sendiri iaitu Alquran. Semasa umurnya 12 tahun, Syed Abul Hasan telah mula belajar bahasa Arab dan Inggeris. Beliau juga menuntut di beberapa pusat pengajian antaranya di Nadwatul Ulama Lucknow India dan Lahore dibawah bimbingan para ulama.

Contohnya beliau belajar kesusateraan 'Arab dari Syeikh Taqiyuddin al-Hilaaly dari Maghribi, selama dua tahun beliau mempelajari ilmu hadis, paling banyak beliau mendapatkannya dari Syeikh Haydar Hasan, seorang ahli hadis yang terkenal, seterusnya tafsir Alquran dibawah bimbingan ahli tafsir Maulana Syeikh Muhammad Ali.

Cukup setakat ini penulis memperkenalkan biodata beliau. Selebihnya bolehlah para pembaca mencari dari sumber-sumber lain.

Dalam bukunya beliau menulis, 'Pengajaran adalah merupakan alat untuk membina generasi-generasi yang beriman terhadap prinsip ini (Islam), generasi2 yang berpegang dengan aqidah ini, yang mendokong risalah ini dan yang melaksanakan tugas2 da'wah ini.' 

'Pendidikan Islam merupakan tugas penting dan bukan semata2 mengajarkan ilmu dan teknik, mengajarkan bahasa ibunda dan bahasa2 asing, bahkan ia adalah pembentukan generasi yang baru, yang berbeza cara berfikir dan akhlaknya.'

Dalam tulisan beliau, Syed Abul Hasan berkongsi kata2 sarjana Barat untuk perhatian kita semua. Penulis kongsikan apa yang dikatakan seorang sarjana Barat, Leopold Weiss yang ada keahlian dalam sistem pendidikan barat bagi orang timur (Islam), katanya :

"Sebenarnya kami telah menerangkan dengan panjang lebar di dalam fasal2 yang lalu berhubung dengan faktor2 yang menyatakan bahawa islam dan kemodenan barat adalah dua perkara yang berlawanan, berasingan tidak mungkin sama dan bersesuaian. Jika demikianlah hakikatnya, maka bagaimanakah kita dapat menyatakan bahawa kebangunan umat Islam itu boleh berlaku dengan menggunakan asas2 Barat ? Dan bagaimanakah kita mengatakan kebangunan umat Islam di bawah sistem pengajaran dan kebudayaan Barat itu bersih dari rasa permusuhan terhadap Islam?

Tidak ada sama sekali di sana alasan untuk menolak apa yang telah kami katakan, dan bahawasanya kami telah mengecualikan setengah perkara2 yang ganjil yang telah berpeluang padanya aqal dan fikiran menyuluh tujuan pada matapelajaran2 yang digunakan. Sesungguhnya pembangunan secara Barat untuk umat Islam itu tidak akan berjaya, malah anggapan itu melesat akhirnya. Mereka berkeyakinan bahawa mereka adalah contoh kepada peradaban dan kemajuan ilahi yang begitulah semestinya islam, tetapi sebenarnya tidak ragu-ragu lagi bahawa aqidah umat akan merosot dengan cepatnya apabila mereka membesar di bawah sistem pengajaran barat itu"

Muhammad Asad juga berkata tentang kesan mata pelajaran sejarah di atas bentuk Barat, katanya :

"Adapun satu2nya kesan yang tinggal dan melekat terus di dalam aqal pelajar2 Islam ialah perasaan rendah diri dan memandang hina terhadap apa jua kejayaan mereka dan memandang rendah terhadap peradaban masa lampau mereka.

Oleh yang demikian apabila kita hendak memelihara dan menjadikan islam sebagai hakikat ilmu dan peradaban maka wajiblah kita berjaga2 dari pemikiran tamadun barat, iaitu suatu pemikiran yang mungkin boleh mempengaruhi masyarakat dan kecenderungan kita."

Seorang penyair Akhbar Ilalah Abadi dalam satu syairnya berbunyi :

"Wahai betapa bodohnya Firaun, yang tiada ia terfikir membina gedung pengajian,
sedang itu lebih mudah membunuh anak2, tiadalah rusak ia dan buruk ia dalam sejarah"

Syed Abul Hasan membuat huraian, bahawa wujud anak2 Islam yang belajar di negara2 barat, merekalah yang sebenarnya pengimport pemikiran barat dan nilainya ke dunia Islam -kecuali yang dipelihara Allah-. Apabila dasar2 barat dimasukkan kedalam pendidikan Islam, bangunlah golongan yang membantah. Dan satu golongan lagi iaitu golongan yang telah terpengaruh dengan kemajuan barat ini, kuat mempertahankan !

Mohammad Iqbal, penyair terkenal dalam satu syairnya bersenandung :

"Aku mengadu kepadamu Ya Ilahi, dari guru2 sistem pelajaran baru ini, mereka sebenarnya mengajar anak2 helang dengan pendidikan anak burung air, dan mendidik anak2 singa dengan pendidikan biri-biri."

Dalam nukilan yang lain beliau menulis,

"Kiranya Allah hidupkan jiwa mudamu, wahai para pendidik generasi baru, ajarkan kepada murid2mu tawaddu' merendah diri, menghancurkan nafsu menguatkan jiwa dan bentuklah keperibadian mereka. Ajarkanlah kepada mereka bagaimana membelah batu dan menghancurkan gunung"

Sesuatu yang diterima dari Barat, wajib untuk kita sesuaikan dengan prinsip Islam, cara hidup, cara berfikir dan perilakunya. Kita tidak mengambilnya bulat2 tanpa mengubahnya.

Syed Abul Hasan turut menyatakan kepentingan mempelajari 3 bahan pelajaran asasi, Alquran, al-Sunnah dan Sirah Nabi (selawatlah).

ALQURAN.

1.Wajib dipelajari, sebuah kitab yang abadi, tiada kebatilan di dalamnya.
2. Menjadikan Alquran asas aqidah dan syiar hidupnya.
3. Membawa kepada mentauhidkan Allah dengan tauhid yang murni.

ASSUNNAH.

1. Pelajar mengimanai dan menghayatinya.
2. Pelajar menjadikannya panduan kehidupan.
3. Akan menimbulkan perasaan seorang pelajar untuk mengikut Rasulullah(selawatlah) dalam seluruh kehidupannya.
4. Pendidik mengawasi agar tidak masuk perkara syubhah dalam Assunnah, juga hal2 yang telah dipengaruhi orientalis.

SIRAH NABAWIYAH.

1. Penjelasan keagungan Rasulullah(selawatlah) yang membawa kepada cinta.
2. Penyampaiannya dengan cara yang lebih berkesan meresap dan hidup.
3. Tidak memindahkan sejarah kepada pelajar, tetapi pelajarlah yang dipindahkan kepada sirah Rasulullah (selawatlah), lantas mereka sedar bahawa mereka hidup bersama2 Rasulullah dan para sahabat di zamannya.
4. Pendidik memahamkan pelajar beberapa kesangsian yang ditimbulkan oleh para orientalis, dan niat buruk mereka terhadap Islam.

Berikutlah yang penulis kongsikan, kebanyakannya diambil dan berpandukan  buku 'Ke Arah Pendidikan Islam Yang Tulin karangan Syed Abul Hasan Ali An-Nadwi'.

Penulis hidup bersama sahabat mahasiswa. Ada antaranya yang sudah berkahwin mempunyai anak, dan juga belum berkahwin. Maka, penulis berpesan pada diri dan sahabat agar sentiasa mengukuhkan aqidah kita, dengan menuntut ilmu, berdoa memohon petunjuk Ilahi, supaya ilmu yang dipelajari itu benar dan bermanfaat. Kelak jadilah kita generasi yang memperjuangkan Islam, jika tidak mampu secara luas, cukuplah dahulu diri kita dan keluarga.

Kemudian, menyiapkan anak2 dengan memberi didikan Islam yang cukup dalam mendepani arus dunia dan pemikiran yang kian mencabar, menyusup dengan tusukan halus.

Penulis ingin cadangkan kepada mahasiswa, untuk mendapatkan buku 'Misykat: Refleksi tentang Westernisasi, Liberalisasi dan Islam' yang dikarang oleh Hamid Fahmy Zarkasyi. Buku yang membincangkan tentang aliran2 pemikiran yang wujud masakini hingga menimbulkan kekeliruan. Juga penulis, Hamid Fahmy Zarkasyi menyertakan soal jawab dalam susunan dan bahasa yang sepadat dan semudah mungkin (bukunya bahasa Indonesia). Boleh buat carian di internet untuk 'review' buku ini. 

Selain itu, negara kita Malaysia mempunyai ramai ulama2 yang kita boleh ikuti tulisan mereka. Penulis cadangkan juga supaya tulisan2 Almarhum Dr Muhammad Uthman El Muhammady -semoga Allah merahmati beliau- dibaca, yang boleh didapati di internet mahupun buku-buku beliau.

Penulis mengakhiri dengan kata2 Badi'uzzaman Al Hamdani yang berbunyi :

"Ianya adalah suatu kejayaan yang bersinar dan di hadapannya kejayaan2, para malaikat turut memuji bersama ruh, dunia Islam akan melihat kepada seorang pejuang yang bangun mengerjakan tugas2 yang akan menyelamatkan ummah ini."

Moga tulisan ringkas ini mampu mengetuk minda dan jiwa kita, bahawa biarlah kita hidup dalam perjuangan dan pengorbanan. Samada kita akan menjadi orang yang benar2 hidup semasa hayat kita, atau insan yang sudah mati walau semasa hayatnya apatah lagi selepas jasad terkubur. Wallahu a'lam.













1 comment:

Adoi fenin! said...

cukup panjang dan lebar, terima kasih atas info dan nasihat.

terfikir juga akan zaman firaun, mereka memiliki ilmu senibina yang mendahului zaman, sehingga sekarang pakar arkeologi tak dapat mengagak bagaimana piramid dibina.
Tapi bila difikirkan pengetahuan ilmu mereka tidak sepadan dengan akhlak dan cara hidup, mereka membunuh bayi sendiri dan bertuhankan manusia yang zalim.
Dan terfikir juga apakah rakyatnya ketika itu juga berilmu sehingga mudah tertipu dengan keangkuhan firaun?
Siapakah yang memiliki ilmu senibina yang cukup tinggi pada zaman itu sebenarnya?
Firaun sendiri?
Atau arkitek piramid?

Fenin.
Fenin.