Friday, July 18, 2014

Perbualan Ibu dan Salim : Bridged alQassam.


credit picture to : Fb Activist around the world for Palestine.

(kredit gambar, fb Aman Palestin)

Gambar pasukan Saraya alQuds.
Credit picture to Fb Aqsa Syarif.





Ibu : Salim, Salim tahu ada wira yang lagi kuat dari Ultraman dan Batman.

Salim : Ada ke ibu? Salim tak pernah tengok pun. Kalau betullah ada, siapa nama diorang nih.

Ibu : Nama kumpulan mereka, Bridged AlQassam. Sekarang nih, merekalah yang lawan orang2 jahat Zionist Israel. Mereka ni lawan sebab nak jaga Palestin dari diceroboh. Salim tahu, mereka lawan Zionist sebab orang jahat nih depa bom rumah, bunuh mak2, baby2, budak2 besar Salim nih.Ramai dah mati. Kalau tiba2 ada orang datang bom rumah kita nih Salim, tapi kita tak buat salah apapun, apa Salim nak buat.

Salim : Mestilah Salim takut ibu. Salim taknak pisah dengan ibu,ayah dan abang. (sambil peluk ibu)

Ibu : Macam tu lah yang penduduk Palestine rasa Salim. Mereka takda tempat nak lari. Mana2 mereka pergi mereka boleh jadi mangsa bom. Salim, hebatnya Bridged alQasam nih, mereka tak takut nak lawan dengan Zionist. 

Salim : Ibu kenapa mereka tak takut? Kan diorang boleh mati  kalau lawan.

Ibu : Sebab diorang nih berjuang semata2 kerana Allah. Salim tahu kan, Allah Dialah yang cipta kita. Yang cipta mata, telinga,hidung, jari Salim dan jugak ibu. Pastu Salim, mereka berjuang sebab mereka memang nak syahid. Samada mereka menang di medan perang atau syahid.

Salim : ibu syahid tu apa?

Ibu : Kalau dalam suasana peperangan, syahid nih mati sebab lawan musuh yang menentang Islam. Musuh Islam nih macam Zionist lah yang buat jahat, yang seksa, yang bunuh orang Islam. Bunuh perempuan2, baby2 dan budak2 kecil. Mereka syahid bila mati dalam pertempuran lawan musuh Allah. Kalau Salim tengok di Palestine sekarang nih, orang zionist nih la musuh2 Allah. Orang yang syahid nih kan Salim, Allah bagi hadiah yang sangat hebat kat dia. Allah janjikan syurga pada orang yang syahid. Masa orang yang syahid nih mati, kita nampak darah pada anggota2 badan dia walaupun dah beberapa hari. Ada juga yang kita boleh bau wangi dari badan dia. Dan kadang2 bila tengok gambar mereka yang syahid nih kan Salim, ada yang senyum. Nah, ini ibu tunjuk gambar sorang yang syahid kat Salim.( Salim melihat dengan penuh minat)

Salim : macamana diorang boleh kuat, berani sampai macam tu sekali Ibu?

Ibu : Mereka yakin dengan janji Allah. Bahawa Allah akan tolong mereka sepertimana Allah tolong Nabi Muhammad (selawatlah) masa perang Badar dulu. Masa perang Badar, orang Islam sikit ja Salim, bulan Ramadhan pulak tu. Tapi sebab diorang memang sangat2 yakin pada pertolongan Allah, orang Islam menang. Bridged AlQassam nih, mereka isi masa dengan baca Alquran. Alquran nih kan Salim, surat2 cinta Allah untuk kita umat Islam. Dalam tu ada ayat2 motivasi, ayat pujukan, ganjaran2 yang Allah janji nak bagi pada orang yang berjuang di jalan Allah, siksa Allah pada orang kafir yang lawan apa yang Allah suruh. Itulah penguat mereka Salim.

Salim : Ibu, Salim suka sangat dengar ibu cerita pasal Bridged alQassam nih. Rupa2nya ada lagi tentera hebat macam mereka nih ye Ibu. Salim ingatkan Ultraman. (hakikat anak2 kecil kini suka dengan Ultraman, Batman, Spiderman)

Ibu : Salim tahu, orang2 yang ada dalam Bridged alQassam nih bukan boleh ada sekelip mata ja tau.

Salim : Eh, kenapa takboleh pulak ibu.

Ibu : Orang2 hebat ni, kena buat latihan dulu nak mantapkan diri mereka.

Salim : Depa buat latihan apa ibu?

Ibu : Setakat yang ibu tahu, tentera Bridged alQassam nih mereka yang jaga solat subuh berjemaah di masjid. Mereka jaga solat sunat rawattib. Puasa sunat Isnin Khamis. 

Salim : (termenung seketika)

Ibu : Kenapa Salim?

Salim : Kalau Salim kan Ibu, mesti tak dapat jadi tentera Alqassam. Subuh Salim selalu lewat. Salim tak solat jemaah di masjid. 

Ibu : Salim boleh mula bangun Subuh awal, start esok mula. Allah tahu Salim nak jadi orang yang lebih baik. Mesti Allah tolong. Yang pasti kena sungguh la, dan doa pada Allah supaya Allah bantu.

Salim : Baik ibu, Salim cuba.

Ibu : Pastukan Salim, benda lagi hebat kita boleh buat, kita doa. Kita doa puas2 supaya Allah bantu dan bagi menang kumpulan2 mujahidin kat Palestin ni. Sebab kan Salim, doa ni senjata orang mukmin. Contohnya lah kalau polis, dia akan guna pistol untuk pertahankan diri kalau orang jahat serang. Paling utama kita kena buat, doa ! Doalah apapun yang kita nak doa. Allah dengar semua yang hamba2 dia cerita, mohon pada Dia. Jadi Salim dan Ibu, kena sentiasa doa saudara2 kita kat sana, jangan lupa. 

Salim : (terus mengangkat tangannya). Ya Allah bantulah dan beri kemenangan pada saudara2 Salim kat Palestin, bagila mujahidin dapat kalahkan orang2 jahat. Salim sedih bila tengok gambar ada budak lelaki yang besar Salim kena bom. Ya Allah, Kau kalahkanlah orang2 jahat. Tolonglah orang Islam dan Mujahidin. Amin. (meraup tangan ke mukanya)

Ibu : Amin3! Allah dengar doa Salim nih. Oklah Salim, Ibu nak pergi masak dulu. (sambil bangun menuju ke dapur)

Salim : Ok bu. 

Nota : Pendidikan itu sentiasa berterusan. Ianya tak akan pernah berhenti kecuali kita yang hentikannya. Mulakan dengan diri sendiri dahulu. Bina diri. Dekatkan diri pada Allah. Mohon pertolongan Allah sungguh2. Guna peluang dan nyawa yang Allah masih nak pinjamkan pada kita, hambaNya.

Betulkan saya jika ada silap. Semoga kisahnya menjadi lebih sempurna.

Tribute kisah ini pada Bridged alQassam. 

Para ibu memainkan peranan penting mendidik anak2 di rumah. Ikuti kisah salah seorang mujahiddin Alqassam di SINI.

Allah, menangkanlah mujahidin Palestin dan orang Islam dimana sahaja mereka berada menghadapi kaum kafir. Hancur leburkanlah musuh Islam. Hantarlah tentera2Mu membantu mujahidin. Amin3!

1 comment:

‮ said...

Umat Islam palestin mwakili sluruh umat Islam sedunia dlm mpertahankn saki baki bumi palestin dari keangkuhan yahudi zionis laknatullah.

Hairan kan bila kita muslim yg berjumlah 1/6 pnduduk dunia ni hanya mmerhati saudara kita bseorangan mpertahankan Al-Aqsa..?

Takde 1 pun pmerintah negara Islam dlm dunia ni yg mngerahkan rakyatnya turun sama mbantu saudara kita dipalestin kan?

Kita brdoa dn terus brdoa tp dlm masa yg sama kita memborong barangan yahudi, mnonton filem yahudi dan mmuja artis yahudi, pelik kan?

Ikhlas ke kita brdoa utk mereka?

Kita sama2 berjuang ke?