Monday, July 21, 2014

Wahai umat : Saudara baru.

Semalam, saya menyertai iftar berbuka puasa yang dianjurkan oleh Hidayah Center. Dalam majlis itu juga,antara lain tujuannya adalah meraikan saudara2 baru yang kembali pada fitrah, Islam.

Saya dan umi duduk bersama saudara2 baru di satu meja yng boleh memuatkan dalam 10 orang duduk.

Saya duduk di sebelah Kak Lia. Baru 2 bulan kembali pada agama fitrah. Disebalik bertuahnya beliau kerana Allah telah membuka pintu hatinya menerima hidayah, dia bercerita akan kepiluan dan keterlukaan hatinya.

'Mereka di sekolah ada yang tak dapat terima saya. Mereka tak percaya saya sudah Islam. Mereka meragui keislaman saya. Saya pakai tudung. Mereka tarik tudung saya. Sampai koyak tudung saya'.

'Mereka orang islam ka?'. Tanya saya.

'Ya', dia angguk.

Kak Lia sambung, 'kadang2 saya tanya diri saya balik. Betulkah apa yang saya buat nih. Betulkah pilihan saya untuk peluk Islam.' Itu luahan hatinya.

Umi saya kata, 'Lia kena sentiasa bersama2 orang yang kuatkan semangat Lia, yang boleh bantu Lia ya. Dan terus2an tambah ilmu untuk tingkatkan keyakinan.

Kak Lia angguk. Ada titisan air mata yang cuba ditahan dari turun ke pipi. Mungkin sedih dengan penerimaan umat sekeliling yang sebahagiannya tak membantu.


Kak Lia bertudung biru dan Kak Hafsah bertudung ungu
 -saudara baru-

Wahai umat, apa kita mahu jadi ? 

Kita mahu jadi Tuhan dengan menghukum orang, kita mahu jadi Tuhan dengan selidik niat dalam hati insan lain.

Wahai umat, jika inilah sikap kita pada saudara yang mengharap bimbingan, kasih sayang dan perhatian, malulah kita pada Allah Taala dan pada Rasulullah (selawatlah).

Wahai umat, Nabi mengajar kita berkasih sayang. Apatah lagi pada saudara baru yang perlukan bimbingan.

Wahai umat, tangisilah sikap diri kita, yang membawa manusia ragu dengan agama Allah ini. 

Bahkan ramai yang jatuh cinta dengan akhlak mulia Nabi Muhammad, lalu kemudiannya memeluk Islam. Bukankah Nabi bersabda : Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak.

Wahai umat, ini bukanlah sikap yang Nabi ajar. Dan ketahuilah kita, dengan sikap kita ini, ternyata sebenarnya kita sudah makin jauh dari Allah dan ajaran Rasulullah yang mulia.

Wahai umat, Kak Lia antara satu dalam jutaan insan yang saya ketemu. Mungkin diluar masih ramai lagi yang terluka hatinya dek kerana kita yang mengaku umat Nabi Muhammad tapi tak amalkan apa yang Nabi suruh.

Wahai umat, jika kita tak mampu membantu, usah menyusahkan dan membuat orang lain terluka.

Maaf Kak Lia, maaf pada umat Islam ini, yang tak amalkan apa yang Nabi ajar. Apa yang berlaku pada Kak Lia bukanlah apa yang Nabi buat.

Ketika tangan ligat menaip doa2 di ruang komen dan update status, moga hati kita makin tersentuh, bukan mati.

1 comment:

Pendosa ‮ said...

Tu la pasal.
Kkadang saudara baru kita lebih baik dri kita, sbagai contoh yusuf estes, allayarhamah aminah assilmi, yusof islam(antara saudara baru luar negara yg giat berdakwah), kita islam smenjak lahir mwarisi keislaman ibubapa kita tp mereka islam kerana telah dipilih oleh Allah, sy yakin mereka mampu mngharunginya krana Allah telah mberi mereka hidayah dn kkuatan.
kkadang cemburu (bkn irihati) krana mereka telah diampunkn segala dosa dn ibarat bayi yg baru lahir saat mngucap kalimah syahadah.

Inilah salah 1 tanda kebenaran agama islam, diceruk mana pn dlm dunia ni manusia dduk, sejahil mcmanapn dia tp jika trpilih utk mnerima hidayah akn terjumpa jga kebenaran.
Hal ini tiada dlm agama lain.