Saturday, August 9, 2014

Buku : Al Badar Al Kubra (Teladan bagi muslimin kini dan akan datang)




Buku Al Badar Al Kubra, ditulis oleh Brigadier General Mahmood Shit Khattab. Beliau seorang yang berkelulusan tinggi dalam ilmu ketenteraan moden. Menumpukan sepenuh masa membaca dan menulis -hal ehwal ketenteraan Islam-. Seorang yang Allah kurniakan kemampuan luas dalam bidang ketenteraan, ada upaya perolehi sesuatu maklumat dari sumber yang asli, panglima yang cukup kenal musuhnya dan dapat menjangka tindakan yang akan dilakukan musuh , begitu juga beliau meramalkan serangan dari  musuh tepat pada masanya sebelum serangan diishtiharkan. Beliau lebih dulu tahu orang2 Yahudi akan menyerang pada 5 Jun 1967 sebelum serangan dilakukan, dan sebelum disedari pihak2 yang bertanggungjawab, beliau telah beri amaran tentangnya.

Dari pengantar penerbit menulis :

General Mahmood Shit Khattab seorang panglima Islam yang gigih menulis berdasarkan pengalamannya berpuluh2 tahun dalam bidang ilmu tentera. Beliau banyak hasilkan buku2 bercorak ketenteraan dari sudut tasawwur islam dengan sarana2 dan analisa2 yang sungguh tepat. Untuk apa? untuk kembalikan aqidah ketenteraan islam untuk generasi kini dan akan datang. (dengan sedikit olahan)

Dari penterjemah,Ahmad Nasarudin Ismail: 

Antara beberapa buah buku tentang perang badar yang saya baca, saya dapati tulisan general ini, salah seorang pegawai tentera Arab yang berpengalaman, dan ada gaya tulisan tersendiri serta amat menarik. Beliau menulis berdasarkan ilmu pengetahuan ketenteraan moden yang dikuasainya. Hal ini membuatkan kita lebih faham hakikat dan pengajaran yang dapat diambil dari peperangan itu di sudut ketenteraannya.

Buku ini beliau tulis untuk bagi kesedaran pada umat supaya balik pada Islam, untuk tebus kembali kegagalan. Kerana sudah tiada pilihan lain yang lebih baik darinya -kembali pada Islam-. Buku ini juga reaksi langsung pada kalahnya umat Arab dalam perang 1967 dengan Israel, dimana sebahagian tanah Arab termasuk Masjidil Aqsa, tempat suci umat Islam ketiga, masih lagi diduduki. (dengan sedikit olahan)

FAKTOR KEMENANGAN.


1. Pembinaan orang2 Islam.

-Aqidah yang sahih.
-Contoh terbaik ; Rasulullah sendiri (selawatlah).
-Pemilihan orang2 sesuai dengan bentuk tugas.


2. Kesatuan kepimpinan.

-Tentera Islam : mentaati panglima mereka, Rasulullah (selawatlah)
-Tentera Musyrik : Tiada panglima tertinggi. Paling menonjol Atabah bin Rabiaah dan Abu Jahal, namun keduanya lebih banyak bermusuh dari berpakat. Wujud ego individu mengatasi kepentinagn umum di tengah2 peperangan. Tokoh2 Quraisy cuba tonjolkan diri sebagai hero supaya disebut2 oleh Arab tanpa memikirkan kesan untuk perang itu sendiri.



3. Mobilisasi bentuk baru. (Bab ini best)

-Di dalam perang Badar, orang Islam berperang dalam bentuk formasi (barisan), orang Musyrik bentuk hentam lari.

-Hentam lari ; gerakan menyerang musuh dengan menggunakan seluruh kekuatan yang ada, pemanah, pengguna pedang dan tombak, yang berkuda dan berjalan kaki secara serentak. 

Jika musuh tak dapat diundurkan atau penyerang merasa lemah,undur balik, susun semula dan serang balik. Dengan cara ini mereka melakukan serangan dan lari sampailah menang atau kalah.

-Barisan; susun pejuang2 dua baris atau tiga baris atau lebih, mengikut kadar tentera. Baris didepan sekali bersenjatakan tombak untuk halang serangan pasukan berkuda, barisan seterusnya bersenjatakan panah untuk menentang penyerang2 musuh. 

Barisan ini tetap di bawah penguasaan panglimanya hinggalah serangan hentam lari dari musuh kurang kuat, ketika itu barulah barisan itu maju beriringan dan bantu membantu menyerang mush dan kejar hingga kalah.

-Cara barisan lebih baik dari hentam lari; sebab menjamin tertibnya di bahagian dalam dan pasukan sentiasa bersedia di tangan panglima.

-Cara barisan menjamin penguasaan sempurna ke atas angkatan yang sedang berperang, menjamin cadangan2 saat kecemasan dan sesuai bertahan untuk satu tempoh yang lama. Hentam lari membuatkan panglima hilang penguasaan pada angkatannya dan tak menjamin cadangan ketika kecemasan.

-Cara barisan ini adalah kali pertama dalam sejarah peperangan Arab. Sejarah perang juga ada menyatakan, rahsia kemenangan seorang panglima samada dulu atau sekarang; kerana mereka menerapkan corak perang yang belum dikenali (baru) atau berperang menggunakan senjata rahsia (yang belum dikenal).

*Nampak tak antara realiti yang kita boleh lihat sekarang, oleh pejuang2 Palestin yang menggunakan terowong sebagai salah satu taktik menyerang musuh Allah - Zionis (laknat Allah atas mereka) -.

* Begitu juga menunjukkan pejuang2/ panglima2 perlu kreatif dalam memikirkan strategi baru. Menurut penulis General Mahmood, bukan mudah. Beliau menulis :

a/ Perlunya kemahiran2 praktik tentang cara2 perang.
b/ Perlunya banyak kajian yang tekun,teliti dan sabar ; sebab pengetahuan ketenteraan kini semakin meluas dan bercabang2.


4. Kekukuhan aqidah.

- Orang Islam ; matlamat untuk memperjuangkan kebebasan menyebarkan dakwah islam hingga kalimah Allah tinggi kedudukannya.

-Orang kafir Quraish ; tiada matlamat - cuma untuk sembelih binatang, makan-makan, minum arak, berhibur dan menunjuk2 kekuatan kepada orang Arab lain supaya gerun.

-Dalam  perang ini (berlainan pegangan) anak bertemu bapa, saudara bertemu saudara.


5. Ketinggian Moral/ Semangat.

-Semua perang dalam sejarah membuktikan bahawa senjata, sistem dan jumlah yang banyak tidaklah mencukupi jika tiada moral yang tinggi sebagai tambahan. 

-Orang2 Islam tidak gentar dengan kelebihan orang2 Quraisy, hasil suntikan Rasulullah yang mulia. (selawatlah)

Setakat ini dulu saya berkongsi.

Doakan saya. ^^
Tegur saya jika silap.










1 comment:

ﺃﺣﺎﻭﻝ ﺗﻌﻠﻢ ﺍﻟﻠﻐﺔ ﺍﻟﻌﺮﺑﻴﺔ ﻫﻞ ﺃﺳﺘﻄﻴﻊ ﺃﻥ ﺃﺗﻤﺮﻥ ﻣﻌﻚ ؟ said...

huhu..

xsangka tuan blog bminat dgn strategi dn taktik perang, terbaeeek!