Tuesday, August 12, 2014

Kisah 1.

'Kamil, apa aku kena jawab kalau jiran2 bukan Islam tanya aku, 

Kenapa dengan budak2 itu maa...auntie susah mahu tidur. malam2 mereka menjerit2. auntie ada bdak kecik dalam rumah auntie maa. auntie sayang sama dia. kadang2 dia nangis sebab bunyi orang menjerit kuat sangat. auntie sudah banyak kali cakap sama mereka. mereka jawab ok sori manyak2 auntie, tapi mereka ulang balik auntie banyak penat maa.auntie dengar Islam nih banyak bagus maa. tapi auntie tengok lain' . Rahman menyoal Kamil.

'Takkan aku nak jawab, 'auntie, mereka ini Islam, tapi baru buat sebahagian, sebahagian lagi belum auntie, saya mintak maaf banyak2 sebab kawan2 saya ganggu sama auntie'.

Mil, apa kau rasa kalau aku jawab macamtu.malu kita Mil sebagai orang Islam. jangan sampai kita sendiri jadi sebab orang bukan Islam tak masuk Islam, sebab perangai hodoh kita nih Mil. Takut Mil bila Allah tanya kita kat akhirat nanti. Sanggup kita nak menghadap baginda lagi sebab sikap kita. Rasulullah nak tengok atau tidak kita nih Mil kat sana.....

Kamil diam membisu. Sepatah tidak menyapa Rahman.

.......

Usai Rahman bertahajjud, dia berdoa. Panjang. Dia menangis. Menangis mengenangkan umat kini. Yang lalai dari solat. Lalai mengamalkan ajaran Islam hingga menjadi fitnah Islam ini sendiri. Buruk akhlak. Seperti tidak pernah dikenalkan dengan Alquran. Kandungan2nya.

Ya Allah selamatkanlah umat ini. Berilah taufiq dan hidayah pada umat ini untuk mengamalkan Islam yang sebenar2nya. Ya Allah bantulah umat ini mencintaiMu, mencintai RasulMu, mentaati perintahMu dan meninggalkan laranganMu.

Allah...

Dia berteleku di tikar sejadah. Lama di situ. Hingga terlena dengan air mata di pipi menangis menangisi perihal umat.

Rahman terjaga, terdengar azan dari masjid berdekatan. Lantas bangun menyiapkan diri menunaikan Subuh. Meraih pahala berjemaah. Selepas Subuh banyak agenda perlu dilaksanakan.

Apa aku nak buat untuk Islam hari ini? 

*Doa iringlah dengan usaha. Kadang2 kita menangis ingin meluah rasa, bercerita dengan Allah. Menangis menunjuk lemahnya kita dihadapan Allah yang Maha Esa, namun kuat di depan manusia. Bukan sebaliknya. Menangis untuk meraih kekuatan dan pertolongan dariNya.

No comments: