Wednesday, October 8, 2014

Ziarah 'Syajarah Nabi'.

Semalam, saya dan kawan2 berkesempatan ziarah ke Pokok Nabi, di Jordan. Pokok Nabi ini tiada nas yang sabit mengenainya, tetapi kalam2 ulama yang menyebutnya, bhawa ini pokok yang Nabi berteduh dibawahnya.

Antara ulama yang pernah berziarah ke sini, Almarhum Syed Ramadan al Buti, Habib Umar dan Habib Ali.

Takpalah, sekurang2nya sebelum habis belajar di Jordan, ada rezeki ziarah dulu tempat yang pernah diziarahi ulama2.

Program turut diisi dengan tazkirah ringkas oleh Ustaz Budak (nama femes beliau, saya lupa namanya). Kemudian bergambar dan makan tengahari.

Nak katanya, untuk sampai ke sini, hampir 4 jam perjalanan. Penat juga badan duduk. Jalan berbatu2 kecil. Kena hati2, apapun tayar kami dah pecah dan kena tukar.

Bila sampai Syajarah Nabi, hilang penat rasa.

Alhamdulillah.





No comments: