Sunday, December 7, 2014

BUKU : MISYKAT : REFLEKSI TENTANG WESTERNISASI, LIBERALISASI DAN ISLAM.



Mungkin ramai yang tertanya2, apakah maksud Misykat ini.

Pengarang, Dr Hamid Fahmy Zarkasyi menulis dalam buku beliau berbunyi,

'Suatu istilah yang berasal dari Alquran (lihat AnNur ayat 35). Misykat menurut al-Qurtubi dan al-Syaukani dalam Tafsir Fath al-Qadir dan sebahagian besar mufassir, adalah lobang kecil dalam rumah seperti jendela kecil yang memantulkan cahaya. Dapat diartikan juga tempat lampu.

Tafsirnya, Misykat itu adalah tempat berkumpulnya cahaya yang di dalamnya terdapat lampu atau lainnya yang bercahaya. Al-Ghazzali memberi nama bukunya dengan Misykat al-Anwar, maksudnya adalah tempat atau lampu yang berisi cahaya-cahaya.

Berkaitan dengan judul di atas, buku ini diharapkan dapat menjelaskan atau menerangkan apa yang selama ini kabur dan tidak jelas, mengisi apa yang selama ini kosong dan membuka apa yang selama ini ditutup tutupi. Buku ini juga mengkritik konsep yang diapresiasi orang dan mengapresisasi kosep yang dikritik orang'.

Demikianlah secara ringkas maksud tajuk buku : Misykat oleh pengarang buku.

Sekitar isi kandungan.


Saya beli buku ni semasa ikuti Kursus WISE SUMMER SCHOOL sesi 2014 yang berlangsung selama seminggu. Sebelum kursus ni lagi saya memang nak beli, sebab saya terjumpa masa belek-belek internet. Menarik komentar2 tokoh hebat, tambahan lagi saya memang minat dan berfokus isu2 pemikiran ni, dan penulis sendiri pernah menuntut di ISTAC, sekaligus murid langsung Prof Dr Syed Muhammad Naquib al- Attas.

Berikutan ideologi2 semakin bercambah akhir2 ini, buku ini salah satu rujukan dalam mengenali ideologi contohnya Humanisme, Dualisme, Pluralisme dan pelbagai lagi. 

Tambah cerita lagi, mengikuti kursus Wise Summer School selama seminggu, natijahnya saya akui peri pentingnya melihat semua perkara dengan pandangan alam islami. Bagaimana? Dengan menuntut ilmu dan bergurulah.

Alhamdulillah, di kursus ini saya dapat belajar secara langsung dengan anak murid Prof Al-Attas contohnya, Prof Wan Mohd Nor Wan Daud, Dr Farid Shahran, Dr Adi, Dr  Wan Suhaimi, Prof Khalif Muammar dan Mr Asham.

Diakhir kursus, hari yang ditunggu2, kami ditemukan dengan Prof Al Attas sendiri. Beliau kecil sahaja dan kelihatan tidak berapa sihat seiring umurnya. 



Walaupun saya sendiri tidak berapa faham, kerana kursus sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris, namun ada kumpulan perbincangan bersama fasilitator, ia menaikkan semangat untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris walaupun saya sekarang belajar di Jordan.



Berkunjung ke ISTAC, sangat beremosi dan menyentuh hati. Di'design' oleh Prof Al Attas sendiri, susun dan landskapnya membawa kami meneliti kehalusan seni bina Islam.




Itu saja, jumpa lagi.



No comments: