Thursday, January 1, 2015

Al-kisah Fiqh Ibadat 1.

Ada satu fasal dulu, saya ambil madah Fiqh Ibadat 1. Doktor Nimir ajar guna buku 4 Mazhab. Masa mula2 tu, rasa macam mustahil ja untuk 'catch-up' semua 4 Mazhab ni. Mazhab Syafie, Maliki, Hanbali dan Hanafi. 

Alhamdulillah, Allah jualah yang bagi kekuatan untuk hadapi.

Kenapa ?

1. Satu cabaran sebab banyak dalil kita kena hafal. Ye la, 4 Mazhab kot. Boleh jadi tertukar2 dalil lagi la habis.

2. Kenapa nak belajar mazhab lain, sedangkan Mazhab Syafie pun tak kuasai lagi ?

-Saya jawab, ini sebagai pendedahan awal kepada mahasiswa untuk luaskan lagi pengetahuan, boleh buat perbandingan. Kita akan nampak Mazhab Syafie lebih 'syadid' atau sangat berhati2 dalam sesuatu hukum, ada mazhab yang agak ringan dan sebagainya. 

Ulama berbeza pandangan dalam Fiqh, namun dalam bab Aqidah tidak .

Tiada Tuhan selain Allah.
Nabi Muhammad pesuruh Allah.

3. Didik siswa/i melalui akhlak para Ulama'.

Mampu mengajar mahasiswa supaya tak taksub mazhab, sebaliknya selidik dan belajar. Kalau kemukakan pandangan atas dasar ilmu, bukan hawa nafsu.

Bahkan mengajar siswa/i mencontohi Ulama2 besar, yang saling hormat menghormati pandangan Ulama lain, bagaimana ta'ammul dengan khilaf.

Kadang2 kita ragui kemampuan diri kita, sebab kita belum hadapi. Kita banyak bersangka-sangka. Rupanya kita ada kemampuan yang luar biasa besar. 

Think positive-smile.
Jalan terus.
KEEP CALM AND STUDY SMART.
Doakan saya, sekarang fatrah exam final.

No comments: