Friday, February 13, 2015

UMRAH : MASJID NABAWI

Image result for selawat ibrahim

(bergambar di Kubah Hijau di Masjid Nabawi)

Subuh terakhir kat masjid nabawi, aku melihat semua org berpusu2 datang tidak mahu melepaskan peluang solat berjemaah d Masjid Rasulullah yang dicintai ini. Tambah2 hari ini hari Jumaat. Alhamdulillah, kami dapat 2x Jumaat, satu di Mekah satu di Madina. 
Pakcik yang bertongkat, makcik yang berkerusi roda dan berjalan terencot2 semua berusaha datang. Alhamdulillah, Allah rezekikan aku dan kawan2 dalam usia muda menjejakkan kaki di dua tempat mulia ini, tempat yang penuh dengan sejarah kehidupan Rasulullah s.a.w.

Kesempatan menziarahi Makkah dan Madinah adalah kesyukuran dan kenikmatan. Dan apa yang paling penting, aku sebagai umat Nabi, meneruskan perjuangan yang diperjuangkan oleh Rasulullah s.a.w iaitu menegakkan Islam di muka bumi ini. 
Ya Allah bantulah kami dalam menegakkan agamaMu.
Sungguh perjuangan itu pahit, kerana syurga itu manis. Kerana bersama dengan Rasulullah itu perlukan pengorbanan. Maka, siapa yang bersungguh2 dia akan mendapatnya.
Ya Allah, janganlah Kau jadikan ziarah dan umrahku ke Mekah dan Madinah sebagai yang terakhir kali. Rezekikanlah kami semua ke sini lagi. Amin.
Ya Allah limpahkanlah dalam hati kami kecintaan kepada Rasulullah s.a.w, keluarga serta sahabat baginda. Kumpulkanlah kami bersama baginda di akhirat nanti.
Sirah, ingatlah Allah telah rezekikan kau datng ke sini untuk ingatkan diri kau yang lalai agar tak lupa menyambung perjuangan Rasulullah. Sungguh dunia ini hanya dunia sementara. Akan ada satu ketika, kau akan terleka dengan dunia, namun kembalilah kepada tujuan asalmu di dunia iaitu beribadat kepada Allah, menegakkan Islam di muka bumi dan menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w yang mulia.
Sirah, kan ada satu ketika jugak, kau akan terleka untuk berselawat pada Rasulullah yang mulia. Di Madinah kau berselawat pada baginda, namun di tempat tinggalmu kau tinggalkan selawat. Adakah berbeza selawat semasa di Madinah dan di negeri asalmu. Tidak, bahkan Rasulullah yang mulia akan mengenali umatnya melalui selawat.
Sirah, saat kau sampai di Madinah, kau dapat lihat ramainya orang berpusu2, tambah2 nak masuk Raudah, nak bagi salam pada Rasulullah dan sahabat2 baginda, tanpa kau selawat, dalam berjuta orang yang mencintai Rasulullah, adakah baginda akan kenal engkau? Mestilah tak.




No comments: