Sunday, January 22, 2017

Kem Syria Abu Adullah

Cuti kan dah mula. Terkebil kebil jugak la cari aktiviti untuk isi jiwa ni. Selain dari bungkus barang masuk kotak kargo, jual barang.

Petang tadi pergi Kem Abu Abdullah. Pergi dengan keluarga Kak Iman & Fatma. Ni pertama kali aku pergi kem. Tak baik kan. Apapun Alhamdulillah Allah masih bagi aku kesempatan ziarah diorang sebelum balik Malaysia.

(gambar hiasan)



Masa mula mula aku keliling berdekatan rumah diorang, si kakak tengah angkat kain. Dia tak bercakap pun kecualilah jawab salam. Aku pun fikir jugak camana lah nak sembang dengan dia. Tak apalah dulu. Sambil tengok kambing, ayam yang abangnya tengah ternak.

Kemudiannya, aku jumpa dengan maknya. Aku tak ingat nama. Sembang sembang dengan mak dia, barulah si kakak tadi menyampuk.

Aku tanyalah jugak, kakak pergi sekolah tak. Maknya kata tidak. Adik pergi la sekolah. Mak kata kakak belajar sampai umur 8 tahun (kalau tak silap). Antara sebabnya, kat sini agak takut dan risau sebab tak kenal kan. Nanti si kakak naik bas apa semua. Itu yang maknya risaukan.

Aku pun menyampuk la jugak, kata aku pun takut jugak sebenarnya dengan Arab nih. Tawakkal 'alallah. 

Aku bagitahu dia, cantiknya pemandangan. Masa tu matahari dah hampir nak terbenam. Dia sambung, 'Aku rasa di Syria pemandangannya lebih cantik. Kami akan minum teh di beranda rumah. Kawasan penuh dengan pokok hijau. Tiada padang pasir. Semuanya dilitupi dengan kehijauan'.

Dan aku sedar ketika itu dia sedang mengimbau kampung halamannya, Syria. 

Pastu pastu, masa duduk dengan adik adik ni kat taman permainan , bertubi tubi la diorang suruh terjemahkan. Perkataan Arab ke English. haha. Semput eden mau jawab. 

Nampak kan kecintaan diorang nak belajar tu. Nanges banyak banyak.


Korang nampak tak permainan kat belakang tu. Itu semua hasil sumbangan dan projek dari sukarelawan MyCorps. Ala yang 'under' K.J tu. Seronok main benda alah tu. Lama dah aku tak main. Ye la kat Malaysia tak berani jugak nak pergi. Adik perempuan sorang tu pun dah besar. kiki.

Tumpang gembira sebab diorang dapat rasa zaman kanak kanak, walaupun dalam keadaan negara diorang yang tak stabil sekarang ni. Pastu tidaklah terperap duduk dalam rumah saja. Dapat bersosial dengan kawan kawan. Bagus tau untuk perkembangan seorang manusia. 


Meh aku nak kongsi satu cerita lagi. Cik Zatul, salah seorang sukarelawan MyCorps ni rupa rupanya kawan sekolah rendah aku. Nak kata hebatnya kuasa Allah, kami tak jumpa kat Malaysia tapi Jordan.

Sebenarnya aku tak cam dia, tapi dia kata muka aku 'familiar' masa jumpa kat #sekolahkita. Sembang punya sembang, terkejut la masing masing. haha. 

Aku kagum terharu dengan pengorbanan dan perjuangan diorang kat sini. Aku sendiri tak mampu nak buat macam yang diorang buat. Aku doakan Allah balas kebaikan korang dengan sebaik baik balasan. Insha Allah. Ameen.

Ok lah korang, isi masa cuti ni baik baik ye. Jumpa lagi.

No comments: